PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Sabtu, 2 Julai 2022

PROGRAM KE ARAH PENGAKAP RAJA (SIRI 1/2022)

Tarikh : 2 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
Kehadiran Ahli : 62 ahli Pengakap Muda & Remaja PPM Daerah Seremban Timur
Kehadiran Pemimpin : 11 Pemimpin/Penolong Pemimpin & 4 Penolong Pesuruhjaya Daerah
No. Ruj : PPDS 600-3/1/3 ( 21 ) bertarikh 24 Jun 2022


PECAHAN AHLI MENGIKUT UNIT & SEKOLAH

PM 3 : PR 4 : Jumlah 7 : SMK MAMBAU
PM 4 : PR 4 : Jumlah 8 : SMK KGV
PM 4 : PR 4 : Jumlah 8 : SMK BUKIT MEWAH
PM 2 : PR 6 : Jumlah 8 : SMK ACS
PM 4 : PR 0 : Jumlah 4 : SMK TAMAN TUANKU JAAFAR
PM 5 : PR 4 : Jumlah 9 : SMK RANTAU
PM 3 : PR 0 : Jumlah 3 : SMK WARISAN PUTERI
PM 1 : PR 4 : Jumlah 5 : SMK DATO SHAMSUDIN NAIN
PM 0 : PR 3 : Jumlah 3 : SM TEKNIK TUANKU JAAFAR
PM 0 : PR 4 : Jumlah 4 : SMK SENAWANG
PM 0 : PR 3 : Jumlah 3 : SMA DATO KELANA PETRA
PM 26 : PR 36 : JUMLAH 62

Petugas Istiadat Menaikkan Bendera : Lim Ye Xiang (Pengakap Bertugas), Hew Yu Jian (Petugas Bendera), Chong Yu Cheng (Persetiaan) & Ahmad Danish bin Samsul Kamal (Doa)


Petugas Istiadat Menuunkan Bendera : Lim Ye Xiang (Pengakap Bertugas), Nur Farhana Safiyah binti Azlan (Petugas Bendera 1) & Ain Zulaikha Binti Mohd Fairuz (Petugas Bendera 2)


Unit Pengakap Muda & Remaja PPM Daerah Seremban Timur telah berganding bahu dalam menjayakan program Ke Arah Pengakap Raja (Siri 1/2022) kali pertama secara  bersemuka sejak era “endemic” Covid19 diumumkan.


Majlis bermula pada jam 2.30 petang dengan Istiadat Menaikkan Bendera.  Sejurus selepas itu, Puan Zainab Binti Said, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Muda telah memberikan kata-kata aluan yang antara lain mengalu-alukan kehadiran ahli beserta pemimpin ke program kali pertama ini secara bersemuka ini. 


Beliau juga mengharapkan ahli-ahli dapat menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin dan bersungguh-sungguh dalam mengikuti aktiviti yang akan dijalankan agar ilmu yang diterima nanti dapat disampai kepada rakan-rakan yang tidak hadir.


Selepas itu, ahli-ahli dipecahkan kepada 4 kumpulan yang setiap satunya mengandungi ahli seramai 15-16 orang. Setiap kumpulan akan bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain selepas setiap 30 minit berlalu selepas 1 tiupan 1 wisel panjang kedengaran. Antara stesen-stesen yang dibuka pada hari ini adalah stesen asas kawad (Tuan Shahrulnizam Bin Mohd Yunos – Setiausaha Unit Pengakap Muda), stesen pertolongan cemas (Puan Zainab Binti Said), stesen buku log (Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab – Ketua Unit Pengakap Remaja) dan stesen peta dan kompas (Cik Paezah Binti Hamzah – Setiausaha Unit Pengakap Remaja.


Nyata ahli-ahli memberi kerjasama yang tinggi dan mematuhi arahan yang diberi. Ahli-ahli juga turut memberi maklumbalas berkaitan aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa perjumpaan Pengakap di sekolah. Ahli juga berpeluang bertanyakan soalan yang mereka agak kurang jelas di setiap stesen yang diikuti.


Sebelum bersurai. Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab telah memberikan ucapan penutup yang antara lain mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Paezah Binti Hamzah kerana telah sudi menjadi tuan rumah untuk program pada kali ini. Juga kepada barisan pemimpin dan penolong pemimpin yang telah sudi hadir menemani ahli-ahli Pengakap dari mula hingga akhir.


Beliau juga mengingatkan ahli-ahli agar terus bersemangat dalam mengikuti sebarang aktiviti yang berkaitan dengan Pengakap baik diperingkat sekolah, daerah maupun negeri dan berharap dapat bertemu mereka lagi di Istana Besar Seri Menanti semasa mereka menerima sijil Anugerah Pengakap Raja pada suatu hari nanti.


Istiadat Menurunkan Bendera telah dilaksanakan sejurus selepas itu dan program bersurai sekitar jam 5.30 petang.






'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)