PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Rabu, 4 April 2018

PROGRAM KE ARAH PENGAKAP RAJA (SIRI 3/2018)

Tarikh : 04hb. April 2018 (Rabu)
Masa : 3.30 petang - 5.00 petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 3
Kehadiran : 10 ahli Pengakap Muda & 1 ahli Pengakap Remaja

Program bermula pada jam 3.30 petang selepas sesi persekolahan tamat dengan ucapan aluan dari ADC Zulfadli yang juga Penyelaras Unit Berunifom SMK Seremban 3. Antara lain beliau mengucapkan terima kasih kepada ADC PPR & TTK kerana sudi hadir memberi penerangan Ke Arah Pengakap Raja. Beliau juga menggesa para ahli yang hadir agar merebut peluang yang amat berharga ini.



Selepas itu, penerangan bermula dengan memperkenalkan skim-skim Pengakap Muda & Remaja yang bakal ahli tempuhi hinggalah ke Anugerah Pengakap Raja. Memandangkan ahli yang hadir adalah dari unit Pengakap Muda, penekanan diberikan agar mereka tidak bertangguh di dalam membuat buku log.


Kemudian diterangkan antara syarat-syarat asas yang juga wajib yang perlu ada seperti kad keahlian Pengakap, buku log peribadi, sijil-sijil serta jumlah buku log yang mencukupi untuk setiap ujian. Turut diterangkan peringkat demi peringkat ujian yang bakal ahli lalui sehinggalah ke istana untuk menerima sijil anugerah Pengakap Raja.


Juga diterangkan persediaan-persediaan awal seperti pakaian seragam yang lengkap, sijil-sijil asal yang disusun mengikut tarikh lulus, kemahiran simpulan/ikatan. Turut ditikberatkan adalah tongkat pengakap, kompas silva, peti pertolongan cemas, tali gajet, persediaan buluh yang cukup untuk membina gajet, lampu minyak tanah dan tidak ketinggalan senarai 15 buah gajet wajib.


Turut disentuh antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta antara syarat-syarat seseorang calon itu dianggap lulus. Tidak ketinggalan antara buku-buku rujukan sebagai panduan untuk membina buku log.

Sebelum majlis berakhir, ADC PPR TTK sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADC Zulfadli di atas kesungguhan untuk memajukan Pengakap di SMK Seremban 3 dan berharap sesi penerangan ini adalah langkah pertama kepada siri lawatan bulanan yang bakal menyusul.


Dalam ucapan penutupnya, ADC Zulfadli mengucapkan jutaan terima kasih kepada ADC PPR TTK di atas kesudian memberi penerangan di SMK Seremban 3. Beliau juga menggesa para pelajar yang hadir agar dapat merebut peluang yang ada agar dapat mengukir nama sebagai penerima Anugerah Pengakap Raja di SMK Seremban 3. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada ADC PPR TTK.


Program berakhir pada jam 5.00 petang.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)