PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (LATIHAN DEWASA)

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (LATIHAN DEWASA) - PPD(LD)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

Menasihat, memaju dan menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan latihan, polisi-polisi dan latihan-latihan di dalam daerah untuk membantu Pesuruhjaya Daerah dalam mencapai objektif-objektif Pengakap Daerah.

TUGAS-TUGAS :
1. Menasihat kumpulan dan pemimpin-pemimpin bahagian dan pertubuhan Daerah dalam semua hal-hal latihan.

2. Menyokong secara aktif Pasukan Latihan.

3. Menyimpan rekod latihan setiap Pemimpin di Daerahnya.

4. Memproses dan meluluskan semua permohonan-permohonan untuk menghadiri kursus-kursus Latihan Pemimpin.

5. Menggalak dan membimbing Pemimpin-pemimpin atas permintaan dan keperluan bagi menyempurnakan Latihan manikayu Peringkat 5 serta mengawasi kemajuannya.

6. Menasihat dan membantu daerah, Kumpulan dan Pemimpin-pemimpin Bahagian dalam persediaan dan mengedalikan aktiviti-aktiviti latihan.

7. Memastikan bahawa Peringkat 3 : Tugas latihan Perkhidmatan dan Teknikal disempurnakan oleh setiap Pemimpin. Kebanyakan latihan ini akan dijalankan oleh Pasukan Latihan Daerah.

8. Melatih dan membantu tugasan pembimbing Latihan serta mengkaji semula tugasan dan perlantikan mereka.

9. Mengenalpasti syarat-syarat latihan untuk Pemimpin-pemimpin dan pembantu-pembantu di Daerah dan menguruskan aktiviti-aktiviti latihan sebagaimana diperlukan.

10. Sentiasa menghadiri dan menpengerusi Pasukan Latihan Daerah serta hadir di dalam mesyuarat-mesyuarat Pasukan Latihan Negeri.

11. Mengambil bahagian sebagai ahli di dalam aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Sumber Daerah, dengan menyediakan input latihan pada temuduga dan kajian-kajian semula berkala.

12. Memastikan bahawa dengan menyempurnakan latihan Peringkat 3, Pemimpin-pemimpin telahpun menguasai pengetahuan dan kefahaman asas-asas berpengakap.

13. Sentiasa berhubung dengan bahagian aktiviti-aktiviti individu dan mengekalkan pengetahuan pentadbiran yang terkini serta latihan di dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)