PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Khamis, 31 Januari 2019

BENGKEL UJIAN RAMBU, UJIAN SIKAP & PENARAFAN PENGAKAP RAJA 2019

Tarikh : 31hb. Januari 2019 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : SMK King George V Seremban
No. Rujukan: JPNS.SPPK.KOKU.900-3/11 Jld. 13(05) bertarikh 18hb. Januari 2019

Isnin, 21 Januari 2019

PRA-MESYUARAT HARI PENGASAS PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TIMUR 2019

Tarikh : 21hb. Januari 2019 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Hidangan Berapi Arip Corner, Taman Teratai, Senawang
Makluman : Membincang dan memperhalusi perjalanan program



Khamis, 17 Januari 2019

TAKLIMAT PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TIMUR 2019

Tarikh : 17hb. Januari 2019 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
No. Rujukan: PPDS. 700-9/8 ( ) bertarikh 4hb. Januari 2019

Isnin, 14 Januari 2019

KELAS PERSEDIAAN #3 PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2019

Tarikh : 14hb. Januari 2019 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : SMK King George V Seremban
Topik: Pemantapan teori & praktikal kawad (belok/pusing semasa berjalan pantas/perlahan, "setting" peta & kompas, wogel (4 & 5 lekuk), membina 3 jenis pondok bermalam sementara, membina 3 jenis perangkap haiwan & menyalakan api menggunakan 3 batang mancis setinggi 2 kaki dan bertahan selama 5 minit.

Khamis, 10 Januari 2019

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TIMUR BIL. 1/2019

Tarikh : 10hb. Januari 2019 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SK Taman Tasik Jaya, Seremban
No. Rujukan: PPDS. 700-9/8 ( ) bertarikh 4hb. Januari 2019

Ahad, 6 Januari 2019

KELAS PERSEDIAAN #2 PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2019

Tarikh : 6hb. Januari 2019 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : SMK King George V Seremban
Topik: Pemantapan teori & praktikal kawad tongkat, pertolongan cemas, kompas/bearing & anggaran lebar/tinggi

Sabtu, 5 Januari 2019

PERTUKARAN POTFOLIO!

Bismillah ...


Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat saya meneruskan aktiviti kePengakapan saya ke peringkat yang lebih tinggi dan mencabar.

Sesungguhnya, sepanjang tahun 2018 saya menggalas jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pengurusan Pengakap Raja & Tugas-Tugas Khas, tiada niat saya untuk menunjukkan kehebatan.

Saya cuma berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang ada agar generasi masa kini dapat merasai keseronokkan berPengakap seperti yang saya alami di zaman remaja dahulu.

In shaa Allah, dengan perlantikan saya sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah, Unit Pengakap Remaja & Pengakap Raja mulai 4hb. Januari 2019 akan menjadikan saya lebih bersemangat untuk membangunkan para Pengakap di dalam Daerah Seremban Timur.

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Penolong Pesuruhjaya Daerah yang lain serta Pesuruhjaya Daerah Seremban Timur di atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada saya.

Sehubungan dengan itu, mulai kiriman ini, pautan https://adcpengurusanpengakapraja.blogspot.com akan dihentikan operasinya dan tinggal sebagai kenangan terindah di dalam karier berPengakap saya!


'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)