PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP KANAK-KANAK)


PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP KANAK-KANAK)-PPD(PKK)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

1.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

1.1 Untuk membuat promosi dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Pengakap Kanak-Kanak(PKK) di dalam Daerah.

1.2 Untuk menyediakan sokongan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-pemimpin PKK, dan berwaspada dengan pengambilan, pelantikan Pemimpin-pemimpin PKK dan kekuatan Pemimpin dalam Kumpulan-kumpulan.

1.3 Untuk mengawasi program-program dan aktiviti-aktiviti PKK dan mengekalkan PKK dalam pergerakannya.


2.0 TUGAS-TUGAS JAWATAN :

2.1 Mewakili Daerah secara aktif dalam semua perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PKK.

2.2 Memperkembangkan objektif-objektif jangka pendek dan panjang untuk aktiviti-aktiviti PKK dalam Daerah.

2.3 Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan peranan PKK, yang membenarkan pertukaran idea yang terbuka dll,
Majlis-majlis :
- Majlis Kawasan / Negeri PKK.
- Pengerusikan Majlis Pemimpin Daerah PKK.

2.4 Dalam mengabungkan dengan Majlis Daerah PKK membina Program Tahunan Daerah, pastikan ia menyediakan aktiviti-aktiviti yang secukupnya untuk mempromosikan kemahiran-kemahiran serta latihan oleh ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin belia. Pastikan juga acara-acara program mempunyai penglibatan yang maksima dari setiap Pek dalam Daerah.

2.5 Atas inisiatif sendiri, adakan lawatan perjumpaan Kumpulan dan Bahagian serta aktiviti-aktiviti yang mana manasabah, dengan tujuan mengadakan hubungan yang erat, membina keinsafan yang mendalam pada Daerah serta aktiviti-aktivitinya, dan mendorongkan komunikasi, dan memastikan sokongan Daerah kepada Kumpulan-kumpulan.

2.6 Pastikan perkembangan diantara bahagian aktiviti-aktiviti pada peringkat Kumpulan dan Daerah, terutamanya di antara PKK dan PM.

2.7 Sediakan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti PKK kepada surat berita Daerah / Negeri, dan menggalakkan Pemimpin-pemimpin PKK untuk berhubung dengan media tempatan (melalui perwakilan PR Daerah jika ia dilantik), pada aktiviti-aktiviti PKK.

2.8 Pastikan yang piawaian dikekalkan pada tahap yang mungkin paling tinggi, terutamanya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti luar.

2.9 Galakkan penubuhan dan pengekalan Majlis Kumpulan Enam Sekawan.

2.10 Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, mengawasi Latihan Progresif pemimpin-pemimpin dewasa, dan secara aktif memajukan latihan pra-waren, dan penamatan manikayu.

2.11 Membantu, sepertimana dikehendaki, dengan latihan pemimpin-pemimpin dewasa.

2.12 Menasihat Jawatankuasa Sumber Daerah, sekadar perlu, melalui perwakilan beruniform, terhadap perkara-perkara berkaitan dengan pengambilan dan pemilihan pemimpin-pemimpin PKK dan penolong pemimpin PKK.

2.13 Menyertai dalam anggaran Daerah dan keperluan-keperluan pengurusan.

2.14 Menasihat Pesuruhjaya Daerah berkaitan semua perkara berhubung PKK.




3.0 KELAYAKAN-KELAYAKAN :

3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI

a) Berminat dan mampu untuk memotivasikan orang lain.

b) Komitmen yang kuat terhadap aktiviti-aktiviti PKK.

c) Kebolehan untuk berkomunikasi dengan semua tahap dan bahagian.

d) Berkemampuan untuk menjalankan penyiasatan, dan menulis laporan dan cadangan- cadangan.


3.2 KELAYAKAN

a) Pemegang Manikayu PKK, dan bersedia untuk menjalani dan menyempurnakan Manikayu Pesuruhjaya.

b) Memenuhi kelayakan untuk perlantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah (PKK) sebagaimana dibuat dalam POR.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)