PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PROGRAM MUDA-REMAJA)

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PROGRAM MUDA-REMAJA) - PPD(PMR)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN UNTUK MENJALANKAN FUNGSI :

1. Mengetahui kehendak generasi muda (Kanak-Kanak / Muda-Remaja ) dan mempelajari aspirasi / keperluan mereka.

2. Kemahiran-kemahiran kreatif.

3. Kemahiran-kemahiran untuk mendorong, menyelaras dan mengurus.

4. Bekerja dengan harmoni dalam membuat keputusan.

5. Latar belakang berpengakap yang teguh, berpengalaman dalam latihan dan Program Pembangunan Belia.

6. Pengetahuan dan kemahiran-kemahiran dalam semua sesi latihan belia.


TUGAS-TUGAS :

Tugas seseorang Penolong Pesuruhjaya Daerah (Program Muda-Remaja) meliputi :-

1. Perancangan dan penyelarasan di peringkat daerah dalam semua aspek Program Muda-Remaja dalam Pertubuhan Daerah.

2. Mewujudkan kesedaran pemimpin-pemimpin daerah, mengenai Program Muda-Remaja dan kepentingannya.

3. Bekerjasama dengan Penolong Pesuruhjaya Daerah dalam Latihan Pemimpin bagi memastikan Jawatankuasa Latihan memenuhi keperluan-keperluan Program Muda-Remaja.

4. Sentiasa mengamati dan memajukan semua bahagia Program Muda-Remaja.

5. Memastikan program disampaikan kepada tahap kualiti yang memuaskan di setiap unit tempatan Daerah.

6. Kepimpinan perjumpaan Jawatankuasa Program Daerah (perjumpaan-perjumpaan dengan Bahagian Cawangan Penolong Pesuruhjaya Daerah atau wakil-wakil mereka) dan bertanggungjawab untuk latihan serta kemajuan ahli-ahlinya.

7. Meneguhkan perpaduan melalui Program Muda-Remaja dengan kerjasama yang padu dengan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Program Daerah yang lain.

8. Menjadi ahli yang aktif dalam Jawatankuasa Penerbitan Daerah.

9. Mewujudkan perhubungan berterusan dengan semua Penolong Pesuruhjaya Daerah dalam Program Muda-Remaja.

10. Melaporkan semua program Muda-Remaja kepada Jawatankuasa Eksekutif Daerah.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)