PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP MUDA)


PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP MUDA) - PPD (PM)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

1.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

1.1 Untuk menaikkan dan menyelaras aktiviti-aktiviti Pengakap Muda (PM) di dalam Daerah.

1.2 Untuk memberi sokongan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-pemimpin PM dan berhati-hati terhadap pengambilan, pemilihan pemimpin-pemimpin PM serta kekuatan-kekuatan Pemimpin dalam kumpulan-kumpulan.

1.3 Untuk mengawal program-program dan aktiviti-aktiviti PM serta pengekalan PM dalam pergerakan.


2.0 TUGAS-TUGAS JAWATAN :

2.1 Mewakili Daerah secara aktif dalam semua perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PM.

2.2 Mengembangkan objektif-objektif jangka pendek dan panjang untuk aktiviti-aktiviti PM dalam Daerah-daerah.

2.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengan peranan PM, yang membenarkan penukaran idea secara terbuka dan lain-lain,
Majlis-majlis :
- Majlis Pemimpin / Negeri PM
- Pengerusikan Majlis Pemimpin Daerah PM

2.4 Berhubung dengan Pesuruhjaya, Pengerusi Program Daerah PM dalam memajukan program tahunan Daerah, serta menyediakan aktiviti-aktiviti yang cukup untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran dan latihan ahli-ahli dan Pemimpin-pemimpin.

2.5 Pastikan aktiviti-aktiviti yang diprogramkan mempunyai penglibatan yang maksima dari setiap kumpulan dalam Daerah.

2.6 Atas daya usaha sendiri melawat kumpulan dan mesyuarat-mesyuarat kumpulan serta aktiviti-aktiviti semungkin yang boleh, dengan tujuan merapatkan hubungan dan mengembangkan kesedaran yang kukuh terhadap Daerah serta aktiviti-aktivitinya, dan memastikan Daerah memberi sokongan kepada kumpulan-kumpulan.

2.7 Pastikan perkembangan aktiviti-aktiviti Pengakap pada tahap Kumpulan, Daerah dan Negeri, terutama antara Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

2.8 Menyediakan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti Pengakap kepada surat siaran Daerah / Negeri / Negara, dan menggalakkan Pemimpin-pemimpin Pengakap berhubung dengan media tempatan (melalui pewakilan-pewakilan PR Dearah, jika dilantik ) terhadap aktiviti-aktiviti Pengakap.

2.9 Pastikan taraf di kekalkan pada tahap yang tertinggi terutama aktiviti-aktiviti yang ada kaitan dengan aktiviti-aktiviti luar.

2.10 Galakkan penubuhan dan penyelenggaraan Majlis Patrol Kumpulan.

2.11 Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, merumus keseluruhan Latihan Progresif Pemimpin-pemimpin Dewasa, dan secara aktif memajukan latihan pra-tauliah, dan menyempurnakan manikayu.

2.12 Membantu, sebagaimana dikehendaki, dengan latihan Pemimpin-pemimpin Dewasa.

2.13 Menasihat Jawatankuasa Sumber Daerah, seperti yang diperlakukan, melalui perwakilan yang berseragam, atas perkara-perkara berkaitan dengan pengambilan dan pemilihan Pemimpin-pemimpin Pengakap dan Penolong Pemimpin Pengakap.

2.14 Mengambil bahagian dalam belanjawan Daerah dan keperluan-keperluan pengurusan.




3.0 KELAYAKAN-KELAYAKAN :

3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI

a) Bersemangat dan berkebolehan memotivasi termasuk mengubah sikap Muda-Remaja.

b) Komitmen yang kuat dan mempunyai tanggungjawab terhadap aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.

c) Kebolehan untuk berkomunikasi dengan orang dewasa dan Muda-Remaja pada semua tahap dan bahagian.

d) Mempunyai ilmu kepengakapan dan sanggup berkhidmat dengan sukarela kepada masyarakat terutama sekali Muda-Remaja.

e) Berminat terhadap aktiviti Pengakap.

f) Mempunyai rasa kepuasan hati terhadap kerja.


3.2 KELAYAKAN

a) Memegang manikayu bahagian Pengakap Muda dan bersedia untuk menjalankan serata menamatkan manikayu Pesuruhjaya dalam tempoh 12 bulan.

b) Mempunyai kelayakan yang boleh dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah sebagaimana terkandung dalam POR.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)