PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP REMAJA)

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP REMAJA) - PPD (PR)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

1.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

1.1 Untuk membantu Pesuruhjaya Daerah atas perkara-perkara berkaitan dengan unit Pengakap Remaja (PR).

1.2 Untuk menyediakan sokongan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin-pemimpin PR.

1.3 Untuk mengawal program-program dan aktiviti-aktiviti PR dan pengekalan PR dalam pergerakan, dan kekuatan Pemimpin dalam kumpulan-kumpulan.


2.0 TUGAS-TUGAS JAWATAN :

2.1 Menggalakkan penubuhan dan penyelenggaraan Majlis Daerah PR.

2.2 Memastikan bahawa taraf dan latihan dikekalkan pada tahap yang tertinggi, terutamanya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi.

2.3 Sebagai Pengerusi Majlis Daerah PR secara aktif mewakili Daerah dalam semua perkara-perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti.

2.4 Mengembangkan objektif-objektif jangka pendek dan panjang, untuk aktiviti-aktiviti PR dengan Daerah.

2.5 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Daerah / Negeri berkaitan dengan peranan PR,
majlis-majlis :-
- Majlis Negeri PR.
- Majlis Pesuruhjaya Daerah.

2.6 Atas daya usaha sendiri melawat mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti Daerah, Kumpulan dan Unit semungkin boleh dengan hasrat dapat berhubung, mengembangkan kesedaran terhadap Daerah dan aktiviti-aktiviti, menggalakkan komunikasi dan memastikan sokongan Daerah kepada kumpulan-kumpulan.

2.7 Menyediakan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti PR kepada surat berita Daerah / Negeri, dan menggalakkan Pemimpin-pemimpin PR untuk berhubung dengan media tempatan dalam aktiviti-aktiviti PR.

2.8 Membantu sebagaimana dikehendaki dengan latihan Pemimpin Dewasa.

2.9 Menjadi ahli Jawatankuasa Sumber Pengakap Daerah.

2.10 Mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan belanjawan Daerah dan keperluan-keperluan pengurusan.




3.0 KELAYAKAN-KELAYAKAN :

3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI

a) Bersemangat dan dapat memotivasikan orang lain.

b) Komitmen yang kuat kepada aktiviti-aktiviti PR.

c) Kebolehan berkomunikasi dengan semua tahap dan bahagian.

d) Dapat bekerja secara harmoni dengan Pemimpin-pemimpin.


3.2 KELAYAKAN

a) Pemegang manikayu PM atau PR dan bersedia untuk menjalankan serta menyempurnakan manikayu Pesuruhjaya dalam masa dua belas (12) bulan.

b) Berkelayakan untuk dilantik sebagai Pemimpin PR Daerah, sebagaimana terkandung dalam POR.

c) Pemimpin yang benar-benar berminat sahaja.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)