PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP KELANA)

PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH (PENGAKAP KELANA) - PPD (PK)
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA DAERAH

INGATAN : Perlantikan untuk jawatan ini hanya patut dibuat dalam Daerah yang terdapat tiga atau lebih Krew Kelana.

1.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :

1.1 Untuk mempromosikan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti Kelana dalam Daerah.

1.2 Untuk menyediakan sokongan kepada Krew Kelana Daerah.

1.3 Untuk mengawal program-program dan aktiviti-aktiviti Kelana, berhubung dengan Daerah dan/atau Majlis Kelana Negeri, dan pengekalan Kelana dalam pergerakan.


2.0 TUGAS-TUGAS JAWATAN :

2.1 Secara aktif mewakili Daerah dalam semua perkara-perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Kelana.

2.2 Berhubung dengan Daerah dan/atau Majlis Kelana Negeri, pastikan bahawa kemajuan dan pengekalan taraf Kelana dalam Daerah ditubuh dan dijaga.

2.3 Mengembang objektif jangka pendek dan panjang, berhubung dengan Krew Kelana dalam Daerah, untuk semua aktiviti-aktiviti Kelana dalam Daerah.

2.4 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Daerah dan Negeri berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Kelana.

2.5 Atas daya usaha sendiri melawat mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti Daerah dan Krew, serta melawat mesyuarat-mesyuarat dan Krew apabila dijemput.

2.6 Pastikan perkembangan aktiviti-aktiviti antara bahagian pada tahap Krew dan Daerah, terutama antara Pengakap Remaja dan Kelana.

2.7 Galakkan secara aktif Kelana yang sesuai, untuk menamatkan latihan Kelana mereka, unutk menjadi Pemimpin Dewasa dalam pergerakan.

2.8 Pastikan laporan tetap tentang aktiviti-aktiviti Kelana disediakan kepada surat berita Negeri / Negara, galakkan Krew Kelana untuk berhubung dengan media tempatan, dalam aktiviti-aktiviti Kelana.

2.9 Pastikan bahawa taraf dikekalkan pada tahap yang tertinggi, terutamanya aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti luar.

2.10 Dengan Latihan Kepimpinan Penolong Pesuruhjaya Daerah, merumus keseluruhan Latihan Progresif untuk Penasihat-penasihat Kelana dan Pemimpin-pemimpin Krew, dan secara aktif mempromosikan latihan Pra-waran, dan penamatan Manikayu.

2.11 Membantu dalam pengambilan Penasihat-penasihat Kelana.

2.12 Mengambil bahagian dalam belanjawan Daerah keperluan-keperluan pengurusan.

2.13 Menasihat Pesuruhjaya Daerah atas semua perkara-perkara berkaitan dengan Kelana.


3.0 KELAYAKAN-KELAYAKAN :

3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI

a) Bersemangat dan dapat memotivasikan orang lain.

b) Komitmen yang kuat kepada falsafah dan aktiviti-aktiviti Kelana.

c) Kebolehan untuk berkomunikasi dengan semua tahap dan bahagian.

d) Kebolehan untuk bekerja secara harmoni dengan semua Pemimpin-pemimpin.

e) Kebolehan untuk menjalankan penyiasatan, dan menulis laporan-laporan dan cadangan-cadangan.


3.2 KELAYAKAN

a) Pemegang Manikayu Kelana, dan bersedia untuk menjalani serta menyempurnakan Manikayu Pesuruhjaya.

b) Berkelayakan untuk dilantik sebagai Penasihat Kelana Daerah sebagaimana terkandung dalam POR.

c) Sesuai kepada apa-apa kehendak oleh Daerah dan/atau Majlis Kelana Negeri.



'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)