PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

PESURUHJAYA DAERAH

PESURUHJAYA DAERAH
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PESURUHJAYA NEGERI

Fungsi Pesuruhjaya Daerah didaerahnya adalah secara am, bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, dengan kerjasama Majlis Pengakap Daerah dimana perlu, untuk kebajikan, kemajuan dan latihan Pergerakan dan untuk dasar organisasi dan persatuan, terutama :-

1. Untuk memberi sokongan, bimbingan dan nasihat kepada kumpulan-kumpulan Pengakap di dalam daerah dalam bidang-bidang berikut:-

a) Penyediaan rancangan-rancangan untuk memenuhi objektif kakitangan kumpulan-kumpulan dan pengurusan peribadi.

b) Perkembangan Pergerakan.

c) Program Muda/Remaja dan aktiviti-aktiviti latihan.

d) Harta dan pentadbiran.

e) Latihan Pemimpin.

f) Pentadbiran kakitangan.

g) Pemasaran dan Promosi Pergerakan Pengakap.


2. Mengalakkan kemajuan kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah supaya setiap generasi muda berpeluang mengambil bahagian didalam Pergerakan Pengakap.

3. Menyelia secara am aktiviti kumpulan-kumpulan Pengakap dalam Daerah Pengakap dan memastikan jawatankuasa kumpulan menyokong cadangan dan menerima laporan-laporan pencapaian mereka.

4. Bersama-sama dengan Pemimpin Kumpulan menilai pencapaian kumpulan tersebut.

5. Menyiasat dan menyelesaikan perselisihan di antara ahli-ahli Pergerakan sebagaimana diperlukan.

6. Memastikan Jawatankuasa Pengurusan ditubuhkan bagi setiap kem atau kawasan aktiviti di dalam Daerah dan bertindak sebagai Penasihat bagi Jawatankuasa Pengurusan.

7. Bekerjasama dan menjaga hubungan baik dengan lain-lain pertubuhan belia di dalam masyarakat khasnya Pandu Puteri, B.P. Scout Guild, Persaudaraan Pengakap Raja dan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat amnya.

8. Memastikan semua Jawatankuasa Kumpulan hadir perlantikan Pemimpin Kumpulan sebagai suatu yang diutamakan.

9. Melawat kumpulan-kumpulan dan memberi nasihat tentang cara menjalankan aktiviti sebagaimana yang tercatat didalam ‘Scouting for Boys’, POR dan Buku Panduan Pengakap.

10. Berurusan dengan apa sahaja di bawah bidang kuasa beliau mengikut POR. terutamanya dengan:-

a. Tauliah-tauliah

b. Pangkat-pangkat terhormat.

c. Pendaftaran kumpulan.

d. Keahlian Pengakap dan ahli-ahli biasa.

e. Pingat-pingat dan anugerah-anugerah.


11. Mengawal semua pelawat Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja ketika perkhemahan dan Kelana bertindak sebagai Penasihat dalam apa jua situasi. Sekiranya perlu perkara tersebut akan dilaporkan kepada Pesuruhjaya berkenaan.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)