PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Rabu, 25 April 2018

PROGRAM KE ARAH PENGAKAP RAJA (SIRI 5/2018)

Tarikh : 25hb. April 2018 (Rabu)
Masa : 7.45 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Forest Height
Kehadiran : 29 ahli Pengakap Muda & 18 ahli Pengakap Remaja

Buat julung kalinya, sesi penerangan "Ke Arah Pengakap Raja" telah berlangsung pada sebelah pagi seiring dengan waktu KoKu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Forest Height.


Para ahli telah bersiap sedia di dewan terbuka dengan wajah yang ceria dan tidak sabar untuk mendapatkan ilmu berkenaan Pengakap Raja. Setelah diperkenalkan, penerangan telah diberikan berkenaan dengan sukatan-sukatan dan skim-skim latihan yang ahli tempuhi sebelum seseorang ahli itu layak dianugerahkan Rambu Pengakap Muda dan juga Pengakap Raja.


Selepas itu diterangkan antara persediaan asas yang perlu ada sebelum ahli melangkah masuk ke Kem Pra-Pentarafan Pengakap Raja. Turut diterangkan antara aktiviti-aktiviti yang bakal dilalui yang mana hampir kesemua aktiviti tersebut telah pun dilaksanakan semasa ahli mengambil ujian lencana Usaha, Maju dan Jaya lagi.


Ahli yang hadir juga telah dimaklumkan antara syarat-syarat yang diambil kira untuk seseorang ahli itu lulus dan meneruskan ujian ke peringkat seterusnya sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke Istana. Jelas riak muka ahli yang teruja apabila menggambarkan diri mereka berada di hadapan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk menerima Sijil Pengakap Raja.


Selepas itu sesi soal-jawab telah diadakan dan ahli yang hadir telah mengambil peluang ini untuk bertanya berbagai soalan berkaitan peluang mereka untuk enjadi seorang Pengakap Raja.


Sesi penerangan tamat pada jam 9.00 pagi di mana semua ahli perlu masuk ke kelas untuk sesi pembelajaran. Terima kasih kepada Cikgu Aresa Liyana yang telah berusaha menjaya program sesi penerangan "Ke Arah Pengakap Raja" di SMK Taman Forest Height pada pagi ini.



'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)