PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Ahad, 21 Oktober 2018

JOTA JOTI 2018 PPM NEGERI SEMBILAN

Tarikh : 19hb. - 21hb. Oktober 2018 (Jumaat - Ahad)
Masa : 3.00 petang (pendaftaran peserta bermalam)
Tempat : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus
No. Rujukan: JPNS.SPPK.KOKU.900-3/11 Jld 12(67) bertarikh 4hb. Oktober 2018

Jawatankuasa JOTA PPM Negeri Sembilan telah menetapkan setiap Pesuruhjaya Daerah diserahkan tanggungjawab untuk sama-sama menjayakan program Jota Joti PPMNS 2018 dan aktiviti perkhemahan ujian lencana kemahiran. Daerah Seremban Timur telah dipertanggungjawabkan sebagai Unit Dokumentasi.

Pesuruhjaya Daerah telah mewakilkan ADC Pengurusan Pengakap Raja & Tugas-Tugas Khas dengan dibantu oleh 8 orang ahli Pengakap Kelana dari Pasukan Pengakap Kelana A Seremban Timur (Apachie) untuk bertugas disepanjang program 3 hari 2 malam tersebut berlangsung.

Petugas-petugas telah dibahagikan kepada beberapa tugasan yang merangkumi mengikuti semua aktiviti unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda & Pengakap Remaja. Tugasan juga merangkumi bertugas di stesen-stesen radio amatur, semaphore, phonetic & kod morse. 

Tanggungjawab besar para petugas adalah memastikan setiap aktiviti serta program dapat dirakam agar setiap detik dapat dirakam sebaik mungkin. Komunikasi antara para petugas amat penting dan aplikasi "whatsapp" menjadi medium utama untuk memaklumkan perjalanan program turut disertai oleh petugas yang telah ditetapkan.

Selain dari itu, kebajikan petugas adalah menjadi perkara paling utama dalam memastikan para petugas dapat memberikan komitmen 100% bagi memastikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik.

Jutaan terima kasih kepada Penolong Pesuruhjaya Negeri (Setiausaha Program) merangkap Penyelaras Jota Joti PPM Negeri Sembilan 2018, Tuan Khairul Nizam Jamalludin yang telah membantu memberikan maklumbalas positif kepada penambahbaikan yang diutarakan.

Juga jutaan terima kasih kepada ahli Pasukan Pengakap Kelana A Seremban Timur (Apachie) yang sudi meluangkan masa membantu dan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dan sepenuh hati:
  1. Zuhayra Sofea Binti Nazri
  2. Siti Norhidayu Binti Abdul Halim
  3. Asmi Bin Surjana
  4. Muhammad Syazwan Bin Md Jamean 
  5. Mohammad Alaf Arif Amrullah Bin Mohd Faisal Amrullah
  6. Noor Zulaikha Binti Sumardi
  7. Azhar Bin Jaafar
  8. Noradham Bin Norazmi












'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)