PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Ahad, 11 November 2018

PERKHEMAHAN AGOONOREE MUHIBBAH PENGAKAP KANAK KANAK DAERAH SEREMBAN TIMUR 2018

Tarikh : 9hb. - 11hb. November 2018 (Jumaat - Ahad)
Masa : 2.30 petang (pendaftaran)
Tempat : SK Rahang
No. Rujukan: PPDS. 700-6/5 (28) bertarih 24hb. Oktober 2018




Program dimulakan dengan pendaftaran para peserta dikuti dengan taklimat dan pembahagian kumpulan oleh Tuan Said Nordin, ADC merangkap Pengerusi Latihan. Seramai 72 orang peserta telah dipecahkan kepada 10 kumpulan.


Selepas itu, Istiadat Laung Agong telah diadakan diperkarangan tempat parkir kereta. Dalam ucaptamanya menyambut peserta perkhemahan, ADC Unit Pengakap Kanak-Kanak merangkap Kem Komandan, Tuan Amroz Mokhtar menyentuh tentang program-program yang telah disediakan serta peraturan-peraturan dan disiplin yang perlu diikuti sepanjang masa perkhemahan.


Selepas itu, peserta mula mendirikan khemah masing-masing di dalam dewan terbuka memandangkan cuaca yang mendung. Selepas menunaikan solat asar, peserta telah dijamu dengan minum petang dan diberikan masa untuk menguruskan diri serta kawasan khemah sebelum berkumpul semula pada jam 9.00 malam iaitu selepas makan malam dan solat isyak.


Tepat jam 9.00 malam, para peserta telah berkumpul di hadapan pentas utama dan aktiviti lagu Pengakap telah dijalankan. Pelbagai lagu Pengakap telah diajar dan para peserta amat teruja apabila dapat belajar lagu baru beserta pergerakan atau tarian yang boleh ditarikan mengikut lagu-lagu Pengakap tersebut.


Memandangkan peserta sangat bersemangat menjalankan aktiviti hingga tidak mahu melelapkn mata, satu sesi tambahan iaitu Kembara Alam telah diadakan disekitar kawasan perkhemahan. Tujuan aktiviti adalah untuk mendekatkan diri peserta dengan alam ciptaan Tuhan dan merasa bersyukur dan berterima kasih dengan kelebihan-kelebihan yang mereka miliki.


Hari kedua menyaksikan para peserta telah mula menyiapkan diri seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh dan bersedia untuk aktiviti senamam pagi pada jam 7.00 pagi. Selepas itu, Istiadat Laung Agung telah dikendalikan oleh Tuan Aziz Wahab di kawasan padang berhampiran dewan terbuka.


Dalam ucapan beliau, Tuan Aziz Wahab mengucapkan syabas kepada peserta perkhemahan kerana telah berjaya melepasi malam pertama di kem dan berharap mereka terus teruja untuk menjalankan program-program yang telah disusun khas untuk mereka. Beliau juga mahu para peserta terutamanya Ketua Sekawan menjaga kebersihan dan keselamatan diri dan melaporkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada urusetia.



Selepas bersarapan pagi, aktiviti yang menanti adalah pengembaraan 3 km sekitar kawasan SK Rahang. Semangat setiakawan jelas terpapar di wajah para peserta apabila turut bersama-sama membantu ahli yang memerlukan bantuan.


Untuk mengembalikan kembali tenaga setelah penat mengembara, para peserta telah diberi rehat sehingga makan tengahari dan solat zohor sebelum sesi petang dimulakn dengan ujian lencana di mana peserta telah dipecahkan mengikut skim Lencana Gangsa, Perak dan Emas.


Selepas ujian selesai dijalankan, aktiviti Messenger of Peace (MoP) pula mengambil tempat. Jelas kerjasama, setiakawan, komunikasi dan kemeriahan terpamer semasa menjalankan aktiviti "Networking".


Selepas solat asar, peserta diberikan masa untuk berlatih persembahan untuk malam kebudayaan nanti iaitu sejurus selepas makan malam dan solat isyak. Para peserta juga telah menyarung baju kebangsaan kaum masing-masing seiring dengan tema perkhemahan iaitu perkhemahan muhibbah. Persembahan para peserta turut diselang selikan dengan nyanyian lagu Pengakap.


Hari ketiga (akhir) dimulakan dengan Istiadat Laung Agung dikendalikan oleh Tuan Amroz Mokhtar. Beliau menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Selepas itu, para peserta telah bersarapan pagi.


Selepas itu, para peserta telah diarahkan untuk membuka khemah dan bersedia untuk upacara penutup. Setiap peserta telah diberikan sijil penyertaan beserta sijil lulus lencana mengikut peringkat umur masing-masing. Sebelum majlis bersurai pada jam 12.00 tengahari, kesemua peserta telah bersalaman dengan para jurulatih dan penguji diiringi lagu Geylang Si Paku Geylang, Bertemu Dan Berpisah dan lain-lain lagu lagi.


Tahniah dan terima kasih kepada semua ADC yang terlibat menjayakan program. Tidak dilupakan penglibatan krew Pasukan Pengakap Kelana Apachie Seremban Timur (PPKAST) yang telah membantu melancar dan menjalankan program sehingga tamat. Juga terima kasih kepada pembantu dapur dari SM Teknik Tuanku Jaafar yang bertungkus-lumus memastikan para peserta dapat manjamu selera mengikut masa yang telah ditetapkan. Terima kasih juga kepada SK Rahang yang telah sudi meminjamkan tapak untuk perkhemahan ini berlangsung.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)