Tarikh : 16hb. - 19hb. Disember 2018 (Ahad - Rabu)
Masa : 11.00 pagi (pendaftaran)
Tempat : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus Seremban
No. Rujukan: JPNS.SPPK.KOKU.900-3/11 Jld 12(76) bertarikh 28hb. November 2018
Seramai 6 orang calon dari Daerah Seremban Timur telah berjaya didaftarkan sebagai calon Kem Pra-Penarafan Pengakap Raja dan seorang sebagai calon Kem Penarafan Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Raja Negeri Sembilan 2018.
Seramai 6 orang calon dari Daerah Seremban Timur telah berjaya didaftarkan sebagai calon Kem Pra-Penarafan Pengakap Raja dan seorang sebagai calon Kem Penarafan Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Raja Negeri Sembilan 2018.
Kaunter pendaftaran telah mula dibuka seawal jam 11.00 pagi. Setiap calon perlu melepasi 3 peringkat tapisan sebelum layak diterima sebagai peserta.
Antara tapisan yang dilakukan adalah berdasarkan dokumen-dokumen dan peralatan-peralatan yang telah dinyatakan di dalam syarat penyertaan, buku log - buku log yang lengkap dan sijil-sijil lulus lencana yang asal.
Setelah melepasi 3 peringkat tapisan, barulah para peserta diberikan tag pengenalan diri yang tertera nombor calon samada Calon Pra-Penarafan (CPP) ataupun Calon Pengakap Raja (CPR).
Pendaftaran selesai pada jam 1.00 petang dan seramai 21 orang calon telah selesai diberikan tanda pengenalan diri calon.
Selepas itu, taklimat telah diberikan kepada semua calon oleh Tuan Aziruddin Abdul Aziz, Setiausaha Lembaga Penaraf Pengakap Raja PPM Negeri Sembilan. Antara lain beliau mengucapkan selamat datang kepada semua calon yang telah berjaya didaftarkan.
Selepas selesai taklimat, calon telah diagihkan kepada subkem masing-masing. Luas setiap subkem berukuran 10' x 10' (lebih kurang).