PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Rabu, 4 Mac 2020

PROGRAM KE ARAH PENGAKAP RAJA (SIRI 1/2020)

Tarikh : 4hb. Mac 2020 (Rabu)
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Tempat : SMK Dato' Samsudin Nain, Rantau
Kehadiran : 16 ahli Pengakap Muda & 5 ahli Pengakap Remaja


Majlis dimulakan oleh Pemimpin Pengakap Kumpulan 11 Daerah Seremban Timur, Cikgu Shahrulnizam yang antara lain mengalu-alukan kehadiran Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Pengakap Remaja (ADC PR) bagi memberi penerangan tentang persediaan untuk ke Pentarafan Pengakap Raja.


Selepas memperkenalkan diri, ahli yang hadir telah diberi maklumat mengenai keperluan membina buku log serta pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang perlu ada dalam diri setiap ahli Pengakap.


Ahli-ahli yang hadir yang terdiri dari pelajar Tingkatan 1 hingga 4 nyata teruja dan bersemangat apabila diterangkan langkah-langkah yang perlu mereka lakukan dengan bantuan ADC PR dan pemimpin Pengakap PPM11ST.


Ahli juga telah berpeluang untuk melihat sendiri buku log oleh salah seorang dari penerima anugerah Pengakap Raja Daerah Seremban Timur tahun 2019. Nyata ahli yang hadir dapat memahami dengan lebih jelas cara mambina termasuk keperluan buku log tersebut di dalam Pengakap.


Sesi soal jawab telah dibuka dan berbagai soalan telah ditanya yang menunjukkan ahli sememangnya berminat di dalam aktiviti kePengakapan jika diberi peluang serta memiliki pemimpin Pengakap sekolah yang turut bermotivasi tinggi.


Sebelum bersurai, sesi bergambar telah diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)