PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Isnin, 18 Oktober 2021

JOTA JOTI 2021

Tarikh : 15hb. - 17hb. Oktober 2021 (Jumaat-Sabtu)
Masa : 24 jam sehari
Lokasi : Grup Telegram Pengakap Malaysia


Awal penglibatan sekadar berkongsi informasi mengenai Jota Joti 2021 memandangkan tiada kelibat State JotaJoti Coordinator (SJC) yang mahu muncul membantu peserta di dalam grup telegram ahli dewasa dan pemimpin Pengakap seluruh Malaysia ini.


Lama kelamaan terdetik rasa kasihan pabila pelbagai soalan dan masalah yang timbul dari kalangan ahli grup telegram tiada siapa menjawab terutamamya mereka yang baru pertama kali menyertai dan juga dari kalangan ibubapa dan guru dari unit Pengakap Kanak-Kanak yang masih di bawah umur dan tidak boleh mendaftar.


Bermula dari situ, mula bergerak aktif membantu secara atas talian tanpa mengira masa. Pertanyaan yang masuk baik di dalam grup dan juga yang menghantar pesanan secara peribadi.


Semua soalan dijawab sabaik dan seprofesional mungkin demi menjaga keharmonian di dalam grup disamping meningkatkan minat rakan grup telegram dengan aktiviti Pengakap


Disamping itu, sempat juga mempelawa rakan grup telegram agar mengguna-pakai aplikasi "Webchat Scoutlink" dan juga "BUKU TAMU" yang terdapat di blog PPM Seremban Timur khas sempena Jota Joti 2021.


Sukacita dimaklumkan bahawa jumlah pengunjung telah naik mendadak disepanjang 3 hari Jota Joti berlangsung. Begitu juga dengan jumlah capaian pembaca di FB Pengakap Seremban Timur turut menunjukkan peningkatan mendadak sejak hari pertama Jota Joti 2021. 


'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)