PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Rabu, 22 Mac 2023

CORETAN AKHIR KETUA UNIT PENGAKAP REMAJA PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR (4 JAN 2019 - 20 MAC 2023)



As salam .. salam sejahtera .. Salam Pengakap!

Kebanggaan serta kepuasan menyaksikan 28 orang penerima Anugerah Rambu Pengakap Remaja PPM DST masih dirasai walau di lubuk hati tertanam rasa kecewa. Kecewa yang amat sangat kerana tidak menyangka perkara sebegini boleh terjadi di dalam lingkungan yang bergelar Pengakap. 

Tanggungjawab dilaksana. Amanah dijunjung. Tauliah tidak dipersenda. Namun masih tidak mencukupi untuk memuaskan pucuk pimpinan. Rela mempertaruh reputasi daerah kerana amarah. Amarah kerana ego segunung. 



Perjalanan 28 penerima rambu di pentas ini bukan secara tidak sengaja. Berbulan-bulan mereka dilatih. Seawal bulan Disember 2021 mereka telah didedahkan dengan skim latihan Pengakap Remaja menerusi siri-siri ujian 5 Lencana Tertinggi.


Disepanjang sesi menimba pengetahuan dan menambah kemahiran menerusi sidang 'Google Meet' dan secara bersemuka, ada yang tergelincir, ada yang hilang tongkat berpaut malahan ada yang berputus asa. Maka, dari 56 ahli yang mengikuti program "Ke Arah Pengakap Raja 2022/2023", hanya 28 ini sahaja yang terus mara tanpa menoleh ke belakang .. Tahniah!


Tidak dilupakan kepada para ibubapa, pemimpin, penolong pemimpin kumpulan dan pentadbir sekolah yang sanggup bekorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan calon berada di tempat mereka sekarang.


Tidak lupa kepada JK Pengakap Muda & Remaja yang menjadi tulang belakang kepada program2 yg dijalankan. Juga barisan Penolong Pesuruhjaya Daerah PPM DST yg sentiasa menyokong hingga kadang kala perlu bersilat demi memastikan program berlangsung seperti dirancang. 


Juga kepada Pesuruhjaya Daerah serta Majlis Pengakap Daerah PPM DST yg begitu pro-aktif menyokong program2 Unit Pengakap Remaja.


Selama menerajui Unit Pengakap Remaja PPM DST bermula dari 4 Januari 2019, perkongsian pengetahuan, kemahiran serta pengalaman semasa menjadi ahli Pengakap Muda & Remaja sekitar hujung tahun 1980an dan di awal tahun 1990an diadun agar ahli2 Pengakap tidak merasa jemu dengan program yang dijalankan.


Mungkin ada yang kurang senang dengan cara sebegini kerana agak tidak seiringan dengan era kemodenan serta hasrat sesetengah pihak yang mahukan agar sentiasa mengikut barisan agar barisan menjadi harmoni.


Namun percayalah, fenomena sebegini akan memundurkan pergerakan malah jika berterusan, sisa semangat para pemimpin juga akan merudum. Yang akan tinggal hanyalah pemimpin yang sampai bila-bila beratur dalam barisan.


Alhamdulillah .. selama lebih 4 tahun menerajui Unit Pengakap Remaja PPM DST (4 Jan 2019 - 20 Mac 2023 .. termasuk PKP), hanya yang terbaik telah dikongsikan kepada kesemua ahli Pengakap Remaja PPM DST yang tidak berpeluang berada di pentas ini amnya dan 28 penerima anugerah ini khasnya yang dahagakan ilmu kePengakapan. 


Paling menarik, ianya dilaksanakan tanpa mengira masa, tenaga, wang ringgit malahan emosi sendiri. "Every thing is done profesionally".

Turut dijalankan beberapa program yang pada kebanyakan orang agak janggal dijalankan diperingkat unit namun tetap dijalankan kerana telah dirancang awal dan dimasukkan di dalam takwim semasa mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPM DST pada pertengahan tahun 2022.



Tidak terkecuali jurus-jurus silat yang keluar demi memastikan program kemuncak buat penerima-penerima anugerah ini menilai tahap pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam Kem Ujian Sikap Pengakap Raja yamg berjaya diteruskan walaupun berbagai rintangan yang timbul.


Juga pengenalan kepada 'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022 yang mana telah berjaya melahirkan pemimpin-peminpin yang memiliki semangat daya saing yang tinggi demi kemenjadian ahli-ahli Pengakap di sekolah masing-masing. 


(PERENGGAN SELEPAS INI BERUNSUR PERIBADI. MOHON DIBACA TANPA PREJUDIS. SILA BACA 2 NOTIS "PENAFIAN" YANG TERDAPAT DI BAHAGIAN ATAS DAN BAWAH BLOG INI)

Dengan perancangan program yang telah dibentangkan semasa mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah PPM DST (14 Julai 2022) dan perlaksanaannya seperti yang tertera di atas, maka pada hari ini (Rabu, 22 Mac 2023) saya sepatutnya berbangga dan berpuas hati dengan kejayaan 28 ahli PR PPM DST ini menerima Anugerah Rambu Pengakap Remaja mereka.

Namun, dengan makluman yang diterima semalam (Selasa, 21 Mac 2023), saya terpaksa akur dengan percaturan kepimpinan daerah yang tidak lagi memerlukan khidmat saya untuk menerajui Unit PR PPM DST. 


Perlucutan jawatan saya ini seolah kepimpinan daerah tidak menghargai pengorbanan masa, tenaga dan usaha saya untuk memajukan ahli Pengakap Remaja PPM DST selama ini. Tiada perbincangan maupun makluman awal disampaikan.

Namun pada masa yang sama, mereka tetap inginkan kecemerlangan Unit PR PPM DST dengan meletakkan saya sebagai "Penyelaras Pengakap Raja", potfolio lama saya yang pada pengamatan saya, tiada keperluan sebenarnya jawatan ini diujudkan kerana ahli-ahli yang akan ke Pentarafan Pengakap Raja masih lagi ahli Pengakap Remaja.

Selain dari itu,  terdapat sikap individu dalam kepimpinan daerah yang terlalu 'menongkat langit' hingga berlakunya peristiwa tidak membenarkan saya menerima info² penting berkenaan sesuatu program yang melibatkan ahli-ahli PR PPM DST walaupun ahli-ahli ini dilatih oleh saya ibarat pepatah 'habis sepah madu dibuang' dengan alasan "hanya pemimpin yang ahlinya menyertai program sahaja boleh menerima info program tersebut". 

Kepada peneraju baru Unit Pengakap Remaja PPM DST, tidak banyak yang saya ingin katakan kerana kita sama-sama melalui dan merasai perjalanan 28 penerima anugerah hari ini.  Doa saya, moga kecemerlangan terus menyinari Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)