PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Rabu, 7 Mac 2018

KURSUS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN 2018

Tarikh : 6hb. Mac 2018 (Selasa)
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
No. Rujukan: PPDS. 700-6/5 (03) bertarih 28hb. Februari 2018

Satu penerangan khas bagi menerangkan persediaan ke arah Pengakap Raja telah diselitkan di dalam program yang berlangsung.

Penerangan dimulakan dengan memperkenalkan diri dan makluman bahawa saya baru dilantik sebagai ADC "Pengurusan Pengakap Raja & Tugas Tugas Khas" PPM ST pada 22hb. Februari 2018 bagi membantu menambahkan bilangan penerima Anugerah Pengakap Raja PPM ST. (merujuk surat panggilan mesyuarat, No. Rujukan: PPDS. 700-6/5 (5) bertarih 22hb. Februari 2018)

Seterusnya makluman bahawa saya bukan seorang penerima Anugerah Pengakap Raja (pencapaian tertinggi adalah Ujian Sikap/Pra-Pentarafan Pengakap Raja 1990, Kem Sardon Jubir, Balakong Selangor) dan kini pemegang tauliah Manikayu Peringkat 1.

Perlantikan berdasarkan kejayaan membantu melahirkan 9 orang penerima Anugerah Pengakap Raja (3 orang 2016 dan 6 orang 2017) PPM 01 ST dan penglibatan sebagai urusetia kem "KE ARAH PENGAKAP RAJA", "PRA-PENTARAFAN PENGAKAP RAJA" dan "PENTARAFAN PENGAKAP RAJA"  PPM N9 sejak tahun 2017 (Kem "3 dalam 1").

Makluman juga bahawa segala info dan penerangan yang bakal diberi nanti adalah berdasarkan pengamatan semasa berkhidmat sebagai urusetia dan pengalaman menyediakan calon-calon Pengakap Raja dan TIDAK BOLEH sama sekali dijadikan sebagai maklumat rasmi dari Lembaga Pentaraf Pengakap Raja N9 maupun PPM N9 sendiri.

Penerangan berkisar kepada persediaan calon-calon yang antara lain melibatkan kemahiran dalam ilmu berPengakap (teori dan praktikal), penyediaan buku log dan sijil-sijil kelayakam.

Pemimpin dan ahli PR juga dipelawa untuk sama-sama menyertai kelas persediaan  "KE ARAH PENGAKAP RAJA" yang diadakan 2 kali sebulan yang telah bermula sejak  tahun 2017 lagi bertempat di PPM 01 ST untuk memudahkan sesi ulangkaji  dan latihan.

Juga makluman bahawa Kem "3 dalam 1" bakal berlangsung pada 6-8 April 2018 bertempat di Kem Pengakap Bukit Putus N9. Cadangan juga telah disalurkan kepada DC PPM ST untuk mengadakan siri jelajah "KE ARAH PENGAKAP RAJA" yang mana 4 lokasi dan 4 tarikh telah diberikan untuk sesi penerangan bagi persediaan calon untuk ke Kem "3 dalam 1" yang dijangka pada Disember 2018.

Sebelum penerangan ditamatkan, menyeru semua pemimpin yang hadir agar dapat sama-sama membantu ahli PR yang berminat untuk mendapatkan Anugerah Pengakap Raja supaya mereka dapat merasai pengalaman sebenar menjadi seorang ahli Pengakap.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)