PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Khamis, 15 Mac 2018

PROGRAM KE ARAH PENGAKAP RAJA (SIRI 1/2018)

Tarikh : 15hb. Mac 2018 (Khamis)
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
Kehadiran : 11 orang Pengakap Remaja

Taklimat bermula dengan sesi memperkenalkan diri dan latar belakang semua yang hadir serta penglibatan mereka di dalam Pengakap sebelum memasuki SMTTJ.



Selepas itu penerangan mengenai skim Pengakap Muda & Pengakap Remaja yang mereka perlu lalui sebelum layak ke kem pra-pentarafan Pengakap Raja. Juga mengenai jumlah buku log serta sijil-sijil yang diperlukan.

Selain diterangkan syarat-syarat wajib yang perlu dipatuhi untuk melayakkan diri ke kem pra-pentarafan, mereka juga didedahkan dengan peringkat-peringkat ujian yang bakal dilalui seandainya mereka lulus ujian peringkat sebelumnya.


Diterangkan juga ujian-ujian yang bakal dihadapi dan juga cabaran-cabaran yang mereka perlu tempuhi semasa berlangsungnya kem pra-pentarafan & pentarafan Pengakap Raja nanti.

Turut diberikan sumber-sumber dan bahan-bahan rujukan untuk mereka membuat buku log yang antara lainnya dari buku-buku panduan yang terdapat di pasaran dan juga dari sumber internet.


Ahli juga diberikan ruang untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan pembabitan mereka di dalam Pengakap. Secara keseluruhannya, ahli yang hadir nyata berpuas hati dengan sesi taklimat yang diberi sesuai dengan masa yang diperuntukkan.

Sebelum berakhir, mengucapkan terima kasih kepada Puan Paezah ADC Antarabangsa kerana sudi menjemput ke SMTTJ. Juga berharap agar bertemuan ini bukanlah pertemuan yang pertama dan terakhir kerana sesi susulan perlu dibuat bagi memastikan persiapan calon ke pra-pentarafan nanti.


Sesi taklimat berakhir pada jam 4.30 petang.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)