PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Khamis, 27 Disember 2018

KELAS PERSEDIAAN #1 PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2019

Tarikh : 27hb. Disember 2018 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : SMK King George V Seremban
Topik: Pemantapan ikatan dan simpulan dari Lencana Keahlian hingga Lencana Kemahiran Pengakap Remaja

Program bermula dengan Istiadat Menaikkan Bendera. Memandangkan cuaca hujan dan persekitaran lokasi tiang bendera basah dan bertakung disesetengah tempat, istiadat diadakan di dalam bilik darjah dan dimulakan dengan nyanyian lagi Negaraku diikuti dengan Lagu Pengakap. Selepas itu pembacaan Persetiaan Pengakap dan doa.



Dalam ucapan pembukaan, ADC Pengurusan Pengakap Raja mengucapkan terima kasih dan selamat datang kerana tetap hadir walaupun cuaca di awal pagi agak lembab. Selepas itu  senarai 40 jenis ikatan telah diedarkan kepada ahli untuk ditandakan jika mereka sudah mahir bagi memudahkan fokus kepada jenis ikatan dan simpulan yang belum dikuasai.


Program berjalan lancar dan diberhentikan rehat sekitar jam 10.00 pagi. Selepas itu pembelajaran bersambung semula hingga ke jam 11.45 pagi.


Sebelum bersurai, ADC Pengurusan Pengakap Raja sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir juga kepada 2 orang Pengakap Raja SMK King George V Seremban yang turut membantu. Beliau juga mengingatkan calon Pengakap Raja agar dapat meneruskan latihan semasa di rumah kerana hanya melalui latihan berterusan  sahaja seseorang itu akan mahir.


Selepas itu, sesi "post-mortem" telah diadakan bersama dengan Pengakap Raja membincangkan program kelas seterusnya yang telah dicadangkan pada hari Ahad, 6hb. Januari 2019.


'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)