Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat saya meneruskan aktiviti kePengakapan saya ke peringkat yang lebih tinggi dan mencabar.
Sesungguhnya, sepanjang tahun 2018 saya menggalas jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pengurusan Pengakap Raja & Tugas-Tugas Khas, tiada niat saya untuk menunjukkan kehebatan.
Saya cuma berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang ada agar generasi masa kini dapat merasai keseronokkan berPengakap seperti yang saya alami di zaman remaja dahulu.
In shaa Allah, dengan perlantikan saya sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah, Unit Pengakap Remaja & Pengakap Raja mulai 4hb. Januari 2019 akan menjadikan saya lebih bersemangat untuk membangunkan para Pengakap di dalam Daerah Seremban Timur.
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan Penolong Pesuruhjaya Daerah yang lain serta Pesuruhjaya Daerah Seremban Timur di atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada saya.
Sehubungan dengan itu, mulai kiriman ini, pautan https://adcpengurusanpengakapraja.blogspot.com akan dihentikan operasinya dan tinggal sebagai kenangan terindah di dalam karier berPengakap saya!
Sehubungan dengan itu, mulai kiriman ini, pautan https://adcpengurusanpengakapraja.blogspot.com akan dihentikan operasinya dan tinggal sebagai kenangan terindah di dalam karier berPengakap saya!