PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Isnin, 14 Januari 2019

KELAS PERSEDIAAN #3 PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2019

Tarikh : 14hb. Januari 2019 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : SMK King George V Seremban
Topik: Pemantapan teori & praktikal kawad (belok/pusing semasa berjalan pantas/perlahan, "setting" peta & kompas, wogel (4 & 5 lekuk), membina 3 jenis pondok bermalam sementara, membina 3 jenis perangkap haiwan & menyalakan api menggunakan 3 batang mancis setinggi 2 kaki dan bertahan selama 5 minit.


Program bermula dengan Istiadat Menaikkan Bendera diikuti dengan nyanyian lagu NegaraKu dan lagu Pengakap Malaysia. Selepas itu memperbahrui Persetiaan Pengakap dan bacaan doa agar program berjalan lancar.


Selepas itu, beberapa pergerakan kawad telah diadakan agar ahli-ahli dapat membiasakan diri disamping peluang untuk memberi arahan kawad dengan betul.


Rehat telah diberikan pada jam 9.30 pagi. Selepas itu, ahli-ahli telah masuk ke kelas untuk sesi teori. Antara ulangkaji yang telah dibuat adalah topik peta dan kompas serta membuat wogel yang berlekuk empat dan lima.


Selepas itu, teori 3 cara membina pondok sementara "stand-alone", di pokok dan di tebing bukit. Turut diulangkaji dan diikuti dengan latihan praktika adalah cara membina 3 jenis perangkap haiwan seperti perangkap lentur, perangkap hempap/kurung dan perangkap lubang.


Kemudian cabaran menghidupkan api menggunakan 3 batang mancis setinggi 2 kaki dan mengekalkan nyalaan api selama 5 minit.


Program berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan Istiadat Menurunkan Bendera.





'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)