PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Khamis, 17 Januari 2019

TAKLIMAT PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TIMUR 2019

Tarikh : 17hb. Januari 2019 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
No. Rujukan: PPDS. 700-9/8 ( ) bertarikh 4hb. Januari 2019

Majlis bermula dengan nyanyian lagu NegaraKu dan lagu Pengakap Malaysia diikuti dengan memperbaharui Persetiaan Pengakap.


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh ADC Roshaizi Talib. Turut hadir adalah Tuan Hj Mohammad Hanafiah b Hj Maulud, Naib Pengerusi 2 Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur.


ADC Roshaizi Talib antara lain menyampaikan salam dari Puan Nordiana Zulkefli yang tidak dapat hadir atas sebab kesihatan. Kemudian beliau telah menerangkan prosedur-prosedur yang perlu diambil untuk mendaftarkan ahli.


Beliau kemudian turut membentangkan taqwim tahun 2019 Pengakap Daerah Seremban Timur kepada yang hadir. Selepas itu sesi pertanyaam telah diadakan untuk para pemimpin bertanyakan soalan berkenaan program.


Selepas itu ucapan dari  Tn Hj Mohammad Hanafiah b Hj Maulud, Naib Pengerusi 2 Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur yang antara lain telah berkongsi pengalaman beliau semasa menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Daerah Seremban Timur dihujung tahun 90an.


Selepas itu ADC Unit Pengakap Remaja telah menerangkan program-program yang telah disusun khas untuk penglibatan para pemimpin Pengakap Remaja untuk tahun 2018. Selepas itu sesi tayangan "slide" yang merangkumi aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan disepanjang tahun 2018. 

Taklimat berakhir pada jam 5.00 petang.











'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)