Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : SMK King George V Seremban
Topik: Pemantapan teori & praktikal kawad tongkat, pertolongan cemas, kompas/bearing & anggaran lebar/tinggi
Program bermula dengan Istiadat Menaikkan Bendera diikuti nyanyian lagi Negaraku dan Lagu Pengakap Malaysia. Selepas itu pembacaan Persetiaan Pengakap dan doa.
Dalam ucapan pembukaan, selain dari ucapan terima kasih kerana telah hadir, calon diingatkan agar memastikan seragam Pengakap yang dipakai adalah lengkap dan kemas. Selain itu, calon diingatkan agar menjaga kesihatan diri termasuklah memastikan sarapan diambil setiap pagi. Selepas itu latihan kawad tongkat telah dijalankan dimana setiap calon yang hadir telah bergilir-gilir memberi hukuman kawad. Turut diterangkan penggunaan arahan hukuman yang betul.
Selesai sesi kawad, rehat telah diberi dan selepas itu teori dan praktikal pertolongan cemas telah diajar. Antaranya penggunaan DRABC. Calon yang hadir juga berpeluang bertanyakan soalan-soalan bagi memantapkan lagi pemahaman mereka.
Selepas itu, teori penggunaan kompas dan cara mengambil bearing dan jarak telah diajar. Calon juga turut diperkenalkan dengan teknik "back-bearing" bagi memastikan ketepatan lokasi tidak tersasar.
Latihan seterusnya adalah membuat anggaran tinggi dan lebar objek. Berbagai cara telah dikongsi bersama dan calon berpeluang memilih teknik yang bersesuaian.
Program berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan istiadat menurunkan bendera. Dalam ucapan penutup, calon sekali lagi diingatkan agar berterusan menimba ilmu kePengakapan walau di mana jua berada kerana dengan pembacaan bertambah pengetahuan dan dengan latihan bertambah kemahiran!