PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Sabtu, 21 Ogos 2021

KULIAH ATAS TALIAN LENCANA JAYADIRI & LENCANA KEGIATAN

Tarikh : 21hb. Ogos 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi (Sidang 1)
Tempat : Atas talian


Alhamdulillah, selesai sudah fasa awal amanah yang telah dipertanggungjawabkan dalam membina slide pembentangan perjalanan program dan juga modul buku log Lencana Jayadiri untuk kegunaan seluruh ahli Pengakap Remaja seluruh Negeri Sembilan.


Terima kasih kepada Pasukan Program Daerah yang diketuai oleh Pengerusi Unit Program DST, Puan Siti Roditar bersama Setiausaha Unit Program, Puan Norazmiza yang telah berjaya mengendalikan tugasan sebagai pengeruai majlis dan juga teknikal. Tidak dilupakan juga rakan penceramah, Tuan Noor Aiman yang turut berkongsi pentas untuk Lencana Kegiatan.


Turut hadir Pengerusi Unit Program PPMNS, Tuan Sulaiman Malek. Maklumbalas dari peserta pun amat membina. Moga calon-calon semua dapat meneruskan momentum ini untuk lencana-lencana yang terdapat di dalam Skim Latihan Pengakap Remaja.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)