PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Jumaat, 3 Disember 2021

KE ARAH PENGAKAP RAJA DST 2022 (SIDANG 1)

Tarikh : 3hb. Disember 2021 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Atas talian
Penyertaan : 3 pemimpin & 24 ahli Pengakap Remaja DST


Sidang bermula tepat jam 3.00 petang dengan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada semua kerana sudi hadir. Penerangan dimulakan dengan memperkenalkan diri dan menerangkan tujuan sidang diadakan dan tujuan grup telegram Pengakap Raja DST 2022 ditubuhkan.


Selepas itu diterangkan akan kepentingan buku log dalam Pengakap dan keperluan ianya dilengkapi mengikut silibus yang telah ditetapkan seperti di dalam Buku Skim Latihan Pengakap Remaja. Turut ditunjukkan buku skim latihan yang ahli perlu ada dalam menyiapkan buku log bagi setiap lencana.


Kemudian sesi soal jawab dibuka bagi memberi peluang kepada ahli-ahli bertanyakan soalan dan juga bagi menguji tahap kefahaman ahli yang mengikuti sidang pada kali ini. Nyata semangat yang ditunjukkan oleh hampir kesemua ahli apabila mengambil bahagian dalam sesi soal jawab tersebut.

Sidang berakhir tepat jam 4.30 petang.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)