PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Sabtu, 4 Disember 2021

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN MENULIS SEMPENA HARI PENGAKAP MALAYSIA 2021


Alhamdulillah .. syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia NYA telah menobatkan hasil penulisan tentang pengalaman saya berPengakap sebagai pemenang saguhati.

Jujur saya katakan, penulisan saya bukanlah untuk mendapat pengiktirafan mana-mana pihak. Ianya tidak lebih sebagai sebuah catatan yang pada saya jika berpeluang membacanya pada 10 atau 20 tahun akan datang bakal menitip senyuman manis dalam hidup saya.

Hasil-hasil penulisan saya kebanyakannya berada di alam maya seperti di blog-blog yang saya dirikan. Baik blog peribadi maupun blog-blog berkaitan pihak ketiga yang kebanyakkannya saya bina tanpa diminta.

Blog-blog pihak ketiga yang saya bina lebih kepada pengumpulan dokumentasi sehenti agar informasi-informasi berkenaan aktiviti dan program mudah diakses dan oleh sesiapa sahaja. Setakat ini, saya tiada menerima apa-apa bayaran pun untuk khidmat tersebut kerana pada saya, ia merupakan sumbangan saya kepada kemenjadian sesebuah organisasi yang saya menumpang aksi.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Unit Profil KePengakapan serta Kerja sepasukan PROFIL PENERBITAN yang merealisasikan program ini menjadi kenyataan. Juga ucapan terima kasih kepada para juri yang bijaksana dari Yayasan Pembangunan Buku Negara kerana telah memilih penulisan saya sebagai pemenang saguhati dari beratus penyertaan lain.

Pengalaman Saya BerPengakap boleh dibaca di SINI







'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)