PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Ahad, 30 Januari 2022

KE ARAH PENGAKAP RAJA DST 2022 (SIDANG 3)

Tarikh : 30hb. Januari 2021 (Ahad)
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Atas talian
Penyertaan : 3 pemimpin & 23 ahli Pengakap Remaja DST


Sekali lagi, Unit Pengakap Remaja (UPR) Daerah Seremban Timur (DST) telah mengadakan sidang "Google Meet" bagi memberi pendedahan kepada calon-calon Pengakap Raja DST tahun 2022.


Sidang bermula pada jam 2.30 petang dengan Cik Paezah Hamzah selaku urusetia teknikal sidang dan Tuan Shahrulnizam Yunos sebagai jurulatih.


Topik yang diterangkan pada petang ini adalah mengenai menghidupkan api dan masakan rimba. Penerangan ringkas lagi padat beserta dengan tayangan "slide" oleh Tuan Shahrulnizam telah berjaya membuka minda para calon mengenai topik yang diajar.


Rata-rata calon yang hadir nyata teruja kerana dapat mempelajari ilmu pengetahuan yang tidak pernah mereka ketahui sebelum ini antaranya menghidupkan api dengan hanya menggunakan bateri.

Sidang tamat sekitar jam 4.00 petang.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)