PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Selasa, 18 Januari 2022

KE ARAH PENGAKAP RAJA DST 2022 (SIDANG 2)

Tarikh : 18hb. Januari 2021 (Selasa)
Masa : 10.25 pagi - 11.45 pagi
Lokasi : Atas talian
Penyertaan : 4 pemimpin & 30 ahli Pengakap Remaja DST



Sekali lagi, Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur telah berjaya menganjurkan sesi penerangan Ke Arah Pengakap Raja secara atas talian.



Program bermula pada jam 10.25 pagi dengan Cik Paezah binti Hamzah, Setiausaha Unit Pengakap Remaja bertindak dibahagian teknikal manakala tenaga pengajar oleh Tuan Shahrulnizam bin Mohd Yunos, Jurulatih Unit Pengakap Remaja.



Antara topik yang dikongsikan oleh Tuan Shahrulnizam yang juga merupakan seorang Pengakap Raja adalah berkaitan kompas dan peta. Sesi soal jawab turut dibuka agar calon Pengakap Raja DST 2022 dapat memahami topik yang diterangkan dengan lebih jelas. Peogram berakhir pada jam 11.45 pagi.

Berikut adalah maklumbalas dari sebahagian calon yang mengikuti program.





'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)