PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Sabtu, 18 Jun 2022

SEMINAR PENGURUSAN KEPENGAKAPAN PEMIMPIN & PENOLONGNPEMIMPIN UNIT PENGAKAP MUDA & REMAJA 1/2022

Tarikh : 18 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 10.30 pagi
Lokasi : Atas talian
Kehadiran : 30 orang Pemimpin & Penolong Pemimpin
No. Ruj : PPDS.600-3/1/3 (17) bertarikh 8 Jun 2022


Unit Pengakap Remaja PPM DST telah berganding bahu bersama Unit Pengakap Muda menjayakan seminar bagi membantu Pemimpin & Penolong Pemimpin menguruskan hal ehwal ahli dan kumpulan  di peringkat sekolah.

Seminar yang dipengacarakan oleh Tuan Shahrulnizam Bin Mohd Yunos, Setiausaha Unit Pengakap Muda dimulakan  dengan memperbaharui Persetiaan Pengakap oleh Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab,  Ketua Unit Pengakap Remaja.

Selepas itu perkongsian dari Puan Zainab bin Said, Ketua Unit Pengakap Muda. Sekitar jam 9.05 pagi, giliran Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab memberi penerangan dengan memperkenalkan Visi, Misi & Objektif Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur. 


Selepas itu, beliau telah memaklumkan takwim Unit Pengakap Remaja sepanjang tahun 2022 yang telah dikemaskini dengan memaklumkan program terdekat yang akan dilaksanakan adalah Ujian Lencana Jayadiri yang akan diadakan secara atas talian pada 25-27 Jun 2022.

Seterusnya beliau turut memaklumkan bahawa kertas kerja Ujian Lencana Ekspedisi telah siap sepenuhnya dan sedang dalam proses perbincangan bersama pihak negeri untuk diperhalusi dan penambahbaikkan. Beliau juga turut memaklumkan secara ringkas tentang Ujian Lencana Ekspedisi ini kepada semua.

Seterusnya beliau berkongsi tentang persediaan calon-calon untuk ke Pengakap Raja dan cara pembinaan buku log. Beliau juga maklum dengan berbagai kekangan yang dihadapi oleh para pemimpin dan telah memaklumkan  bahawa Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar telah dipilih sebagai "Akademi Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur".


Selain dari itu, lawatan ke sekolah-sekolah akan diteruskan seandainya menerima  jemputan dari pemimpin kumpulan dan juga sidang "Google Meet" tetap diadakan jika menghadapi kekangan lokasi.

Seterusnya beliau telah berkongsi tentang "Key Performance Indicator" yang antara lain akan merubah persepsi para pemimpin yang jika selama ini hanya malaksanakan aktiviti biasa-biasa semasa perjumpaan mingguan kepada aktiviti-aktiviti yang mampu meningkat kemenjadian ahli serta tambah-nilai sesuatu kumpulan.

Setelah selesai pembentangan, beliau telah membuka peluang kepada para pemimpin untuk bertanyakan soalan. Hasil dari pertanyaan-pertanyaan para pemimpin jelas menunjukkan mereka juga amat teruja dengan perkembangan positif yang dilaksanakan diperingkat daerah dan berharap ianya berterusan.

Sebelum bersurai pada jam 10.30 pagi, pengacara majlis, Tuan Shahrulnizam sekali lagi telah mengucapkan jutaan terima kasih pada hadirin kerana telah sudi meluangkan masa hampir 3 jam dalam merealisasikan program seminar pengurusan ini.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)