PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Sabtu, 30 Julai 2022

UJIAN LENCANA KERIS PERAK

Tarikh : 30 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Lokasi : SK Senawang
No. Ruj : PPDS.600-3/1/3 (24)
Kehadiran : 98 ahli Pengakap Kanak-Kanak


Seramai 98 oramg ahli Pengakap Kanak-Kanak dari 11 buah sekolah di dalam PPM Daerah Seremban Timur telah mengambil bahagian dalam Ujian Lencana Keris Perak secara berpusat.


Program bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi diikuti taklimat perjalanan program oleh Ketua Unit Pengakap Kanak-Kanak, Tuan Amroz Bin Mokhtar.


Selepas itu, Istiadat Laung Agong telah dijalankan yang diketuai oleh Tuan Mohd Zulkhairi Bin Mohd Ali, Ketua Unit Pengakap Pendidikan Khas (Sekolah Rendah). Selepas itu, ucapan dari Pesuruhjaya Daerah, Puan Nordiana Binti Zulkefli yang antara lain mengalu-alukan kehadiran peserta bersama guru pengiring masong-masing.


Selepas itu, ahli dipecahkan kepada 5 kumpulan umtuk ujian kawad statik. Selepas itu, peserta telah bergerak ke stesen-stesen seperti stesen melipat dan menaikkan bendera, stesen pertolongan cemas, stesen simpulan dan ikatan, stesen kraftangan (tripod).


Rata-rata ahli merasa teruja kerana dapat melakukan aktiviti di kawasan terbuka selepas era Covid19 menuju ke penghujung. Selain dari ujian-ujian kemahiran di stesen-stesen, buku log Lencana Keris Perak turut disemak dan telah diumumkan rangkuman penambahbaikkan oleh Puan Nurhamiza Binti Md. Desa, Setiausaha Unit Program merangkap Penyelaras Rambu Pengakap Kanak-Kanak.


Program selesai sekitar jam 4.00 petang dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hanafiah Bin Maulud, Naib Yang DiPertua 2, Majlis Pengakap Daerah PPM Daerah Seremban Timur.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)