Masa : 9.00 malam - 10.30 malam
Lokasi : Atas talian
Kehadiran : 11 orang Penolong Pesurujaya Daerah
Sesi pembentangan telah dipengerusikan oleh Tuan Shahrulnizam Bin Mohd Yunos, Setiausaha Unit Pengakap Muda. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua Penolong Pesurujaya Daerah yang sudi meluangkan masa untuk mendengar taklimat tentang kertas kerja Pertandingan Kemahiran Pengakap Sekolah Menengah PPM Daerah Seremban Timur sempena Hari Malaysia tahun 2022 (PKPSM).
Kertas kerja PKPSM telah dibentangkan oleh Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab, Ketua Unit Pengakap Remaja yang turut dibantu oleh Puan Zainab Binti Said, Ketua Unit Pengakap Muda serta Cik Paezah Binti Hamzah, Setiausah Unit Pengakap Remaja.
Selepas selesai pembentangan, para Penolong Pesurujaya Daerah yang hadir telah melontarkan pertanyaan demi penambahbaikkan program. Pembentangan selesai sekitar jam 10.30 malam.