PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Sabtu, 20 Ogos 2022

KEPUTUSAN UJIAN LENCANA KEGIATAN PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR

Tarikh : 20 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Lokasi : Atas talian
No. Rujukan : PPDS.600-3/1/3 (27) bertarikh 25 Julai 2022


Sebanyak 13 penyertaan video amali telah diterima. Majoriti peserta telah berusaha mempamerkan hasil usaha dan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan video amali Lencana Kegiatan. Namun yang demikian, terdapat juga pembikinan video yang tidak menepati arahan seperti rakaman kurang dari 5 minit, tiada penerangan berkaitan tugasan video amali, rakaman tidak menunjukkan ahli sedang melakukan kegiatan serta video tidak boleh ditonton.

Oleh yang demikian, keputusan telah diambil untuk meluluskan 10 penyertaan video amali dari 13 hantaran. Ahli yang telah diluluskan wajib menghantar Buku Log Lencana Kegiatan kepada Pemimpin Pengakap Sekolah untuk semakan dan pengesahan dan pengeluaran sijil lulus.

NO. SIRI  - NAMA PENUH - NAMA SEKOLAH
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/001 BERNICE GOH TUNG XUAN-SMK BUKIT MEWAH
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/002 TIANG LI YUAN-SMK BUKIT MEWAH
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/003 YAP SET EN-SMK BUKIT MEWAH
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/004 CHONG CHI KEONG-SMK BUKIT MEWAH
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/005 BRYAN NG WAI LAP-SMK BUKIT MEWAH
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/006 CHANG YIN YIN-SMK BUKIT MEWAH
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/007 AMMAR ZULHILMI BIN ROSMINI-SMK SENAWANG
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/008 WONG MEI QI-SMK BUKIT MEWAH
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/009 HARIS SIMON HELMY METSELAAR-SMK KGV
PPMDST/2022/PR/KEGIATAN/010 MUHAMMAD LUQMAN BIN MOHD ARIFF-SMK KGV

Tahniah kepada yang telah berjaya.

Kepada yang masih berminat untuk mendapatkan sijil lulus Lencana Kegiatan, sila rujuk Pemimpin Pengakap sekolah masing-masing.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)