PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Sabtu, 3 September 2022

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS & KHIDMAT MASYARAKAT

Tarikh : 3 September 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 tengahari
Lokasi : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Seremban Negeri Sembilan
Kehadiran : 26 Pengakap Remaja, 1 Pengakap Kelana, 2 Pemimpin/Penolong Pemimpin & 2 Penolong Pesuruhjaya Daerah
No. Ruj : PPDS.600-3/1/3 (49) bertarikh 26 Ogos 2022


Seramai 26 ahli Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur telah menyertai Kursus Asas Pertolongan Cemas & Khidmat Masyarakat bagi memenuhi syarat wajib lulus Lencana Perkhidmatan yang terdapat di dalam Skim Latihan Pengakap Remaja bertempat di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, KM 5 Jalan Labu, Seremban Negeri Sembilan.


Pecahan ahli mengikut sekolah adalah seperti berikut:
01. 06 SMK KGV (01)
02. 01 SMK BUKIT MEWAH (03)
03. 07 SMK METHODIST ACS (05)
04. 02 SM TEKNIK TUANKU JAAFAR (06)
05. 02 SMK SENAWANG (10)
06. 06 SMK DATO SHAMSUDIN NAIN (11)
07. 01 SMK TMN TUANKU JAAFAR (49)
08. 01 SMK WARISAN PUTERI (69)
JUMLAH : 26 PESERTA


Pendaftaran telah bermula pada jam 8.30 pagi. Selepas itu, penerangam ringkas dari Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur, Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab. Antara lain, beliau menerangkan perjalanan program pada hari ini.


Selepas itu, ahli-ahli telah dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi memudah penerangan dan pembelajaran. Jurulatih jemputan dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sarjan Azlina & Sarjan Nasriq telah sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan seperti kaedah Bantuan Pernafasan (Cardio Pulmonary Resuscitation - CPR) dan kaedah-kaedah balutan untuk kecederaan yang berbeza-beza.


Ahli-ahli yang hadir turut membuat latihan praktikal CPR menggunakan patung agar mereka dapat merasai pengalaman memberi bantuan awal sesama kecemasan. Ahli-ahli juga kelihatan amat teruja apabila berpeluang untuk merawat 10 jenis kecederaan dengan kaedah penggunaan anduh yang berbeza.


Program berhenti sekitar jam 11.00 pagi untuk makan tengahari sebelum bersambung 30 minit kemudian untuk program gotong-royong membersihkan kawasan Angkatan Pertahanan Awam Cawangan Seremban, Negeri Sembilan. Antara tugasan yang diberi adalah membersihkan dahan-dahan pokok yang bertaburan serta membersihkan pangkal pokok yang telah ditebang.


Sebelum bersurai sekitar jam 1.30 tengahari, Tuan Abdul Aziz telah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta kepada pemimpin/penolong pemimpin, Tuan Shahrulnizam Bin Abdul Rahim (SMK Dato Shamsudin Nain) dan Puan Zetty Binti Abdul Kudus (SMK King George V) serta Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Setiausaha Unit Pengakap Muda, Tuan Shahrul Nizam Bin Mohd Yunos yang juga merupakan urusetia bertugas.





.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)