Tarikh : 23 Ogos 2022 (Selasa)
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi : Atas talian
Kehadiran : 21 orang Pemimpin & Penolong Pemimpin dan Penolong Pesuruhjaya Daerah,
No. Rujukan : PPDS.600-3/1/3 (45) bertarikh 16 Ogos 2022
1. SMK WARISAN PUTERI
2. SMK DATO'SHAMSUDIN NAIN
3. SMK RANTAU
4. SMK KING GEORGE V
5. SM TEKNIK TUANKU JAAFAR
6. SMK MAMBAU
7. SMK METHODIST ACS (M) SEREMBAN
8. SMK PANCHOR
9. SMK (F) SERI SENDAYAN
Satu taklimat khas kepada para pemimpin & penolong pemimpin telah diadakan secara atas talian berkenaan dengan Pertandingan Kemahiran Pengakap Sekolah Menengah Sempena Hari Malaysia 2022. Taklimat telah diberi oleh Tuan Shahrulnizam Bin Mohd Yunos, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Setiausaha Unit Pengakap Muda dengan dibantu oleh Puan Zainab Binti Said, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Muda dan Cik Paezah Binti Hamzah, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Setiausaha Unit Pengakap Remaja.
Antara intipati taklimat adalah menjurus kepada kategori pertandingan, syarat pertandingan serta keperluan yang perlu di bawa. Rata-rata pemimpin dan penolong pemimpin yang hadir turut juga melontarkan beberapa persoalan dan telah dijawab dengan sebaiknya oleh barisan Jawatankuasa program.
Taklimat tamat sekitar jam 3.00 petang.