PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Sabtu, 15 Oktober 2022

JOTA JOTI PPM NEGERI SEMBILAN 2022

Tarikh : 15 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Kem Pengakap Negeri Sembilan, Jalan Bukit Putus, Seremban Negeri Sembilan
No. Ruj : JPNS.SPM.PBM.900-3/11Jld.2(35) bertarikh 4 Oktober 2022


PENYERTAAN MENGIKUT SEKOLAH AHLI PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR

UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
01. SJKT LADANG KOMBOK - 2
02. SK DATO RAJA MELANA - 3 
03. SK KGV - 19
04. SK LAVENDER HEIGHT - 1
05. SK MAMBAU - 7
06. SK METHODIST ACS - 7
07. SK PANCHOR - 35
08. SK SENAWANG 3 - 13
09. SK TAMAN RASAH JAYA - 45
10. SK TAMAN SERI PAGI - 8 
11. SK TAMAN TASIK JAYA - 25
12. SK TAMAN TUANKU JAAFAR 1 - 25
13. SK SENAWANG - 4 
14. SK RAHANG - 4 
15. SK TAMAN TUANKU JAAFAR 2 - 45 
16. SK DATO AKHIR ZAMAN - 6
JUMLAH : 249 AHLI

UNIT PENGAKAP MUDA & REMAJA
01. SM TEKNIK TUANKU JAAFAR - 46
02. SMK KGV - 6
03. SMK MAMBAU - 4 
04. SMK METHODIST ACS - 28 
05. SMK SENAWANG - 3 
06. SMK SERI PAGI - 1 
07. SMK WARISAN PUTERI - 9
JUMLAH : 97 AHLI

PENGAKAP KELANA
01. KOLEJ T6 FOREST HEIGHT - 19
JUMLAH : 19 AHLI

JUMLAH KESELURUHAN : 365 AHLI

Buat julung kalinya, PPM Negeri Sembilan telah menubuhkan 3 stesen negeri untuk sama-sama memeriahkan program JOTA JOTI 2022 ini. Stesen-stesen tersebut adalah Stesen Negeri 1 di Kem Pengakap Bukit Putus, Stesen Negeri 2 di Tampin dan Stesen Negeri 3 di Jempol.


Stesen Negeri 1 Kem Pengakap Bukit Putus telah menerima penyertaan hampir 1,000 peserta yang terdiri dari ahli2 berdaftar PPM Daerah Seremban Timur, PPM Daerah Seremban Barat dan PPM Daerah Port Dickson. 


Stesen Negeri 2 di SK Bukit Jalor Tampin pula menerima peserta seramai 2,200 dari PPM Daerah Tampin, PPM Daerah Gemas dan PPM Daerah Rembau. Menariknya di Stesen Negeri 2 ini adalah peserta telah bermalam dari hari Jumaat, 14 Oktober 2022 hinggalah JOTA JOTI tamat pada hari Ahad, 16 Oktober 2022.


Stesen Negeri 3 pula berpusat di SK Felda Serting Jempol pula menerima 840 peserta dari PPM Daerah Jempol, PPM Daerah Jelebu dan PPM Daerah Kuala Pilah.

Jumlah penyertaan dari PPM Daerah Seremban Timur berjumlah hampir 365 peserta dan antara aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah pengenalan Radio Amatur, VHF Contact, HF Contact, Huruf Phonetik, Isyarat Semaphore, Isyarat Morse Code & Mencari sahabat Jota Joti.

Hampir kesemua Penolong Pesuruhjaya Daerah PPM Daerah Seremban Timur telah bertugas disepanjang program bagi menjaga keselamatan peserta serta lalu lintas di hadapan Kem. Alhamdulillah tiada sebarang masalah besar yang timbul disepanjang program berlangsung.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)