Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
Kehadiran : 13 ahli Pengakap Remaja & 1 orang Penolong Pemimpin dan 2 orang Penolong Pesuruhjaya Daerah
No. Ruj. : PPMNS/DST/1/22 (62) bertarikh 26 Oktober 2022
01 SM Teknik Tuanku Jaafar
03 SMK King George V
04 SMK Senawang
05 SMK Bukit Mewah
----------------------------
13 peserta
----------------------------
Bengkel bermula tepat jam 8.00 pagi dengan Istiadat Menaikkan bendera. Selepas itu, dalam ucapannya, Tuan Abdul Aziz Wahab, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur telah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir
Antara intipati ucapannya, beliau turut menerangkan kelayakan untuk ke Pentarafan Pengakap Raja, ahli perlu memiliki 17 buah buku log dan sebuah buku log peribadi. Selain itu, ahli juga wajib mendaftar sebagai ahli Pengakap 3 tahun berturut-turut.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Cik Paezah binti Hamzah di atas keperihatinan Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar membenarkan Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur mengadakan latihan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Zetty Abdul Kudus, penolong Pemimpin SMK King George V kerana sudi hadir.
Selepas itu latihan kawad telah dijalankan pada jam 8.30 pagi dan ahli yang hadir telah diberi peluang untuk memahirkan diri dalam memberi arahan kawad kepada rakan sepasukan.
Selepas itu, rehat telah diberikan pada jam 9.30 pagi hingga jam 9.45 pagi. Sejurus selepas itu, ahli telah berkumpul untuk latihan amali dan praktikal kompas dan peta.
Ahli telah diajar cara menyaraskan kompas dengan peta. Penerangan turut diberi mengenai fungsi-fungsi yang terdapat di dalam sekeping peta.
Kemudian ahli diajar mengambil bacaan bearing menggunakan kompas dan mengukur jarak menggunakan pita pengukur.
Setelah ahli memahami penerangan yang diberi, ahli telah diuji mengikut kaedah ujian yang dilakukan oleh BP sendiri seperti yang terdapat di dalam "Scouting For Boys".
Selepas itu, ahli telah diajar mengenai cara membuat anggaran tinggi dan lebar. Kebanyakan ahli memahami dengan penerangan yang diberi dan dapat menjalankan latihan yang diarahkan dengan baik.
Bengkel berakhir dengan Istiadat Menurunkan Bendera. Sebelum itu, Tuan Abdul Aziz Wahab dalam ucapan penutupnya telah mengingatkan para ahli semua agar terus mendalami ilmu Kepengakapan walaupun tiada lagi aktiviti kokurikulum dilaksanakan di peringkat sekolah.
Ini kerana hanya dengan membaca sahaja ahli dapat menambah pengetahuan dan dengan latihan sahaja ahli dapat menambah kemahiran terutamanya dalam hal Pengakap.