PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Ahad, 27 November 2022

BENGKEL LENCANA KEMAHIRAN PENGAKAP REMAJA PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR (SIRI 3/AKHIR)

Tarikh : 27 November 2022 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
Kehadiran : 20 ahli Pengakap Remaja, 2 Pemimpin dan 3 Penolong Pesuruhjaya Daerah
No. Ruj. : PPDS.600-3/1/3 (28) bertarikh 2 November 2022


PECAHAN PESERTA MENGIKUT SEKOLAH
01 SM Teknik Tuanku Jaafar
01 SMK Dato Shamsudin Nain
04 SMK Senawang
05 SMK King George V
09 SMK Bukit Mewah
----------------------------
20 peserta
----------------------------


Program pada hari ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan Istiadat Menaikkan Bendera dan diikuti dengan ucapan dari Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur, Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab.


Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli serta pemimpin-pemimpin kumpulan yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan sama-sama menambah pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu kePengakapan.


Beliau turut menerangkan tujuan 3 siri bengkel Lencana Kemahiran diadakan adalah  untuk mempersiapkan ahli-ahli yang bakal menyertai Kem Ujian Sikap Pengakap Raja dan seterusnya ke Kem Pentarafan Pengakap Raja. Beliau juga turut menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah disusun pada hari ini.


Selesai Istiadat Menaikkn Bendera, latihan kawad tongkat telah diadakan pada jam 8.30 pagi. Ahli telah ditunjukkan asas kawad tongkat dan selepas itu mereka secara bergilir berlatih memberi arahan kepada rakan yang berada di dalam kumpulan.


Rehat telah diberikan pada jam 9.30 pagi dan kesemua yang hadir telah dijamu dengan hidangan istimewa dari pengusaha Kafe Muto Kopi Bandar Warisan Puteri yang juga merupakan Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Muda PPM Daerah Seremban Timur, Puan Zainab Binti Said. Terima kasih diucapkan.


Program diteruskan pada jam 9.45 pagi dengan sesi semakan buku log. Rata-rata ahli yang hadir telah berjaya menyiapkan hampir 80% buku log masing-masing. Ahli-ahli turut diingatkan agar turut mengemaskini buku log peribadi dan memastikan buku log mereka disemak & disahkan oleh Pemimpin Kumpulan mereka sebelum cuti persekolahan bulan Disember bermula.


Selepas itu, latihan membina wogel Pengakap telah diadakan. Ahli telah diberikan penerangan tentang teknik dan taktik untuk membinanya. Ahli nyata teruja dan berusaha untuk menyiapkan wogel masing-masing di dalam tempoh masa yang telah diberikan.


Selepas itu, program bersambung dengan sesi latihan membina "Bushman-Thong". Ahli-ahli telah diterangkan kaedah-kaedah yang mudah untuk membina bushman-thong dan tatacara penggunaannya. Memandangkan kesuntukan masa, kesemua ahli perlu menyiapkan tugasan membina wogel & bushman-thong di rumah dan menghantar bukti menerusi aplikasi telegram dalam masa seminggu.


Sebelum Istiadat Menurunkan Bendera dijalankan pada jam 12.00 tengahari, Tuan Aziz Wahab dalam ucapan penutupnya telah merangkumkan bahawa disepanjang 3 siri bengkel Lencana Kemahiran diadakan, kesemua ahli telah berjaya mempamerkan peningkatan minat dan kesungguhan di dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 


Seterusnya mereka diingatkan agar terus menambah pengetahuan dengan  pembacaan berkaitan ilmu kePengakapan serta turut memperbanyakkan latihan untuk tujuan kemahiran.


Beliau turut melahirkan rasa bangga di atas semangat yang telah ditunjukkan oleh kesemua ahli dan berharap mereka nanti akan berjaya melepasi Kem Ujian Sikap Pengakap Raja dan seterusnya ke Kem Pentarafan Pengakap Raja.


Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Paezah Hamzah di atas kesudian Pengetua SM Teknik Tuanku Jaafar membenarkan Unit Pengakap Remaja PPM DST menggunakan lokasi sekolah sebagai pusat latihan. 


Ucapan terima kasih juga kepada Puan Zainab Said kerana telah sudi menaja minum pagi kesemua yang hadir dan juga ucapan terima kasih kepada Puan Mas Intaniah dari SMK King George V dan Tuan Shahrulnizam dari SMK Dato Shamsudin Nain kerana telah sudi menemani peserta dari awal pagi tadi.


Selepas itu, Puan Zainab Said dan Cik Paezah Hamzah turut menyampaikan ucapan yang antara lainnya mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang tampak bersemangat dalam menjalankan aktiviti walaupun dalam keadaan cuaca yang agak panas ..


Mereka juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli dan berharap semuanya berjaya menjejakkan kaki ke Istana Besar Seri Menanti untuk menerima sijil Anugerah Pengakap Raja mereka dari Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.


Seterusnya Istiadat Menurunkan Bendera telah dijalankan dan majlis bersurai sekitar jam 12.30 tenghari.


'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)