PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Ahad, 13 November 2022

BENGKEL LENCANA KEMAHIRAN PENGAKAP REMAJA PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR (SIRI 2)

Tarikh : 13 November 2022 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
Kehadiran : 25 ahli Pengakap Remaja, 1  Pemimpin, 1 Penolong Pemimpin dan 2 Penolong Pesuruhjaya Daerah
No. Ruj. : PPDS.600-3/1/3 (28) bertarikh 2 November 2022


PECAHAN PESERTA MENGIKUT SEKOLAH
01 SM Teknik Tuanku Jaafar
02 SMK Dato Shamsudin Nain
05 SMK King George V
04 SMK Senawang
04 SMK (F) Seri Sendayan
09 SMK Bukit Mewah
----------------------------
25 peserta
----------------------------


Program bermula tepat jam 8.00 pagi dengan Istiadat Menaikkan Bendera yang merangkumi nyanyian lagu Negeraku, lagu Pengakap Malaysia, bacaan Persetiaan Pengakap, bacaan doa diikuti dgn ucapan pemimpin bertugas iaitu Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab, Penolong Pesuruhjaya Pengakap PPM Daerah Seremban Timur (PPM DST) merangkap Ketua Unit Pengakap Remaja PPM DST.


Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Pengakap Remaja PPM DST yang hadir dan tahniah kerana adanya penambahan kehadiran peserta dari Bengkel Siri 1 sebelum ini iaitu seramai 13 ahli kepada 25 ahli pada Bengkel Siri 2. 


Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Cik Paezah Binti Hamzah, Penolong Pesuruhjaya Pengakap PPM DST merangkap Setiausaha Unit Pengakap Remaja PPM DST di atas kebenaran Pengetua SM Teknik Tuanku Jaafar membenarkan penggunaan SM Teknik Tuanku Jaafar sebagai lokasi bengkel serta ucapan terima juga kepada Tuan Shahrulnizam (SMK Dato' Shamsudin Nain) dan Tuan Nurudin (SMK King George V) kerana turut hadir menemani para peserta.


Kemudian beliau menerangkan tentatif program pada hari ini iaitu latihan kawad, rehat, membina jerat/perangkap haiwan, menyalakan api dan diakhiri dengan Istiadat Menurunkan Bendera.


Semasa latihan kawad, peserta telah dipecahkan kepada 2 kumpulan dan setiap ahli secara bergilir akan memberi arahan kawad kepada rakan yang lain. Ahli semakin mahir dalam gerakan kawad dan disiplin yang ditunjukkan amat mengkagumkan. Menghampiri jam 9.30 pagi, ahli telah diberi rehat sehingga jam 9.45 pagi.


Sesi seterusnya adalah latihan membina jerat/perangkap haiwan. Ahli telah diberi penerangan serba ringkas tentang jenis-jenis jerat dan perangkap haiwan. Turut diingatkan bahawa tujuan menjerat atau memerangkap haiwan adalah sebagai usaha  kelangsungan hidup dan tidak sekali-kali digunakan atas tujuan lain.


Ahli telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil yang mengandungi 3 ahli dalam sesebuah kumpulan. Jelas kelihatan sikap kerjasama dalam merancang jenis jerat/perangkap haiwan dan pembahagian tugas. 


Rata-rata kumpulan telah memilih untuk membina jerat simbat, jerat hempap & jerat/perangkap lubang dan ada juga kumpulan yang telah menggabungkan lebih dari 1 jerat/perangkap. Tahniah!


Sesi latihan seterusnya adalah latihan menghidupkan api dengan hanya menggunakan 3 batang mancis. Memandangkan cuaca pada hari sebelum hujan hingga lewat malam, ahli-ahli telah menghadapi kesukaran untuk menyalakan api kerana tiada bahan yang benar-benar kering.


Namun selepas sedikit penerangan tentang pentingnya udara untuk menghidupkan api ditambah dengna penggunaan para, nyata ahli-ahli telah berjaya menghidupkan api walaupun pada mulanya jelas kelihatan mereka terpaksa bergelumang dengan asap.


Lebih membanggakan apabila mereka berjaya mengekalkan nyalaan api tersebut melebihi tempoh masa yang dikehendaki iaitu melebihi 5 minit. Tahniah sekali lagi!


Di dalam ucapan sebelum Istiadat Menurunkan Bendera, Tuan Aziz sekali lagi mengingatkan semua ahli agar meluangkan masa untuk menambah pengetahuan berkaitan dengan aktiviti kePengakapan yang telah dijalankan semasa Bengkel Siri 1 & 2 serta membuat latihan dengan lebih kerap samada di sekolah maupun di rumah agar dapat membantu mereka menambahkan kemahiran.


Program bersurai pada jam 12.00 tengahari.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)