PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Rabu, 1 Februari 2023

MAJLIS APRESIASI PEMIMPIN UNIT PENGAKAP MUDA & REMAJA PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR 2022

Tarikh : 1 Februari 2023 (Rabu)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Hotel Royale Chulan, Seremban
Kehadiran : 18 Pemimpin Kumpulan & 4 Penolong Pesuruhjaya Daerah
No. Ruj : PPDS.600-3/1/3 Jld.2 (56) bertarikh 27 Januari 2023


Selesai sudah Majlis Apresiasi Pemimpin Pengakap Muda & Remaja PPM Daerah Seremban Timur 2022, program yang telah dirancang seawal tahun 2022 untuk dilaksanakan pada bulan November 2022 namun terpaksa ditunda beberapa kali akibat masalah lokasi serta tarikh yang sesuai.

Majlis yang julung kali diadakan ini adalah bagi menghargai usaha para Pemimpin dan Penolong Pemimpin dalam membantu ahli-ahli Pengakap di sekolah mencapai cita-cita mereka baik sebagai penerima Anugerah Rambu Pengakap Muda maupun sebagai penerima Anugerah Pengakap Raja.

Majlis bermula pada jam 2.30 petang dengan ucapan alu-aluan dari pengacara majlis yang hebat, Puan Nor Sayeeda Syazana Binti Bakhtiar, Pemimpin Kumpulan 40 PPM Daerah Seremban Timur, SMK (F) Seri Sendayan. Beliau antara lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan Pemimpin & Penolong Pemimpin yang telah sudi hadir memeriahkan majlis pada petang ini.

Seterusnya majlis diteruskan dengan memperbaharui Persetian Pengakap diketuai oleh Tuan Shahrulnizam Bin Md. Yunos, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Setiausaha Unit Pengakap Muda diikuti bacaan doa oleh Ustaz Noruddin Bin Rohmat, Penolong Pemimpin Kumpulan 01 PPM Daerah Seremban Timur, SMK King George V.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Puan Zainab Binti Said, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Muda. Antara lain beliau berasa amat teruja dengan kehadiran para pemimpin dan merasakan aktiviti kePengakapan yang akan dijalankan selepas ini akan lebih meriah hasil dari ukhwah yang terbina pada majlis ini.

Seterusnya penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua Pemimpin Kumpulan sebagai mewakili Penolong Pemimpin kumpulan masing-masing dalam mendorong, membimbing dan memajukan ahli-ahli Pengakap di sekolah tanpa mengira penat lelah malahan hingga sanggup mengorbankan masa, tenaga malahan wang ringgit demi kemenjadian ahli Pengakap sekolah masing-masing untuk tahun 2022.

Selepas itu, ucapan dari Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Remaja. Antara intipati ucapan beliau adalah ucapan  terima kasih kepada semua pemimpin yang telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program-program yang telah diatur diperingkat daerah dan turut memaklumkan hasil dari kerjasama ini, PPM Daerah Seremban Timur telah berjaya melahirkan lebih dari 30 orang calon Pengakap Raja untuk tahun 2023!

Seterusnya beliau telah menyampaikan Sijil Pencapaian kepada 4 Pemimpin Pengakap Muda dan 5 Pemimpin Pengakap Remaja di atas hasil usaha mereka dalam memimpin kumpulan mereka menjadi antara kumpulan teraktif untuk Unit Pengakap Muda & Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur pada tahun 2022. Turut dikongsikan "Key Performance Indicator - KPI" Unit Pengakap Remaja dalam memilih penerima bagi ketegori tersebut yang disertakan di dalam Buku Program majlis.

Semoga ukhwah persaudaraan Pengakap ini akan berterusan demi kemenjadian ahli-ahli Pengakap dan seterusnya mengharumkan nama PPM Daerah Seremban Timur bukan sahaja di peringkat negeri malahan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis bersurai pada jam 4.30 petang.




























'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)