PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Isnin, 20 Februari 2023

KEM UJIAN SIKAP PENGAKAP RAJA PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR 2023

Tarikh : 17-19 Februari 2023 (Jumaat-Ahad)
Masa Pendaftaran : 3.00 petang (Jumaat)
Masa Bersurai : 2.00 petang (Ahad)
Lokasi : Kem Pengakap Seremban Barat, Kampung Labu Hilir, Labu Negeri Sembilan
Kehadiran : 8 Calon Ujian Sikap & 20  Urusetia/Penguji
No. Ruj : PPDS.600-3/1/3 Jld.2 (65) bertarikh 13 Januari 2023


PPM Daerah Seremban Timur buat julung kalinya telah berjaya mengadakan Kem Ujian Sikap Pengakap Raja dengan penyertaan 8 calon dari 3 sekolah.

PECAHAN CALON MENGIKUT SEKOLAH
01 SMK Dato Shamsudin Nain
03 SMK King George V
04 SMK Bukit Mewah
--------------------------------
08 Calon Ujian Sikap

PECAHAN CALON MENGIKUT KAUM
01 India
03 Melayu
04 Cina

PECAHAN CALON MENGIKUT JANTINA
04 Perempuan
04 Lelaki

SENARAI CALON
01 MUHAMMAD KHUHAFIZI BIN ABU HASSAN
02 HARIS SIMON HELMY METSELAAR
03 FOONG CHEOK LIM
04 CHANG YIN YIN
05 BRYAN NG WAI LAP
06 ROGHAN A/L SIVALINGAM
07 BERNICE GOH TUNG XUAN
08 ALINA SYUHADA BINTI MOHD JASLI       

Kem Ujian Sikap Pengakap Raja adalah satu perkhemahan yang wajib dihadiri oleh Pengakap Remaja bagi melayakkan calon Pengakap Raja tersebut menghadiri Ujian Pentarafan Pengakap Raja yang sebenar.

Dengan menghadiri Kem Ujian Sikap Pengakap Raja, calon Pengakap Raja diharap dapat melengkapkan diri dengan segala keperluan untuk ke Pentarafan Pengakap Raja dan menghayati erti sebenar Kepengakapan dalam membentuk sahsiah diri disamping menjalin hubungan baik sesama calon Pengakap Raja dari sekolah lain di dalam PPM Daerah Seremban Timur.

Disamping itu, calon Pengakap Raja akan turut dinilai dari segi ketanggungjawaban di dalam sesuatu hal seperti semasa berlakunya kecemasan, melaksanakan khidmat amal kepada  masyarakat, sikap berdikari yang selari dengan daya usaha serta keyakinan diri dan mempamerkan sikap kepimpinan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Puan Nordiana Binti Zulkefli
Naib Pengerusi 1 : Tuan Muhammad Said Bin Nordin
Naib Pengerusi 2 : Puan Siti Roditar Binti Abdul Wahab
Setiausaha : Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab
Bendahari : Puan Zainab Binti Said

JAWATANKUASA PELAKSANA
Ketua Perkhemahan : Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab
Kem Komandan: Tuan Shahrulnizam Bin Md. Yunus
Ketua Penguji : Tuan Muhammad Said Bin Nordin
Ketua Urusetia : Puan Zainab Binti Said

JAWATANKUASA PENGUJI & URUSETIA
1. Puan Norafizah Binti Mohd Ibrahim
2. Tuan Rakzi Bin Rahim
3. Tuan Abdul Rahim Bin Lamin
4. Tuan Mohd Zulkhairi Bin Mohd Ali
5. Tuan Roshaizi Bio Talib
6. Puan Norazua Binti Zulkefli
7. Tuan Amroz Bin Mokhtar
8. Puan Ros Anita Binti Yaacob
9. Cik Paezah Bin Hamzah
10. Puan Zetty Ei Husna Binti Abdul Kudus - SMK KGV
11. Puan Mas Intaniah Binti Sarimin - SMK KGV
12. Tuan Mohd Noruddin Bin Rohmat - SMK KGV
13. Puan Norazwa Idayu Binti Kamaruddin - SMK SJ 1
14. Tuan Mohd Affandi Bin Abu - Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur
15. Tuan Mohammad Hanafiah Bin Maulud - Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur
16. Tuan A. Halim Bin Saat - Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur

Dalam ucapan rangkuman prestasi Calon Ujian Sikap semasa Majlis Penutup, Tuan Muhammad Said Bin Nordin selaku Ketua Penguji Kem Ujian Sikap telah menerangkan prestasi-prestasi calon disepanjang perkhemahan tersebut. Beliau juga memaklumkan hasil pemerhatian jawatankuasa penguji, calon-calon perlu digilap lagi bagi melahirkan calon Pengakap Raja yang menepati aspirasi Pengakap Raja.


Selepas itu ucapan dari Ketua Perkhemahan, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan JK Urusetia dan JK Penguji kerana telah sama-sama membantu melancarkan perjalanan program. 


Disamping itu, beliau turut memuji ketabahan dan kecekalan calon Ujian Sikap yang sanggup bersengkang mata menyiapkan tugasan yang diberikan. Sejurus selepas itu, penyerahan sumbangan dan bendera program kepada Pesuruhjaya Daerah Seremban Barat, Tuan Shamsudin Jiman.


Program selesa sekitar jam 1.30 petang.













'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)