PENAFIAN ... Segala info yang terdapat di dalam weblog ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi pemilik weblog dan bersifat "TANPA PRASANGKA (WITHOUT PREJUDICE)" ... ianya TIDAK BOLEH sama sekali walau dalam apa cara dan/atau bentuk sekalipun dijadikan dan/atau dianggap sebagai maklumat rasmi dan/atau dikaitkan dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dan/atau Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan/atau mana-mana unit dan/atau biro di bawah dan/atau di atasnya ... Pemilik weblog ini juga tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kekeliruan dan/atau kecelaruan akibat dari pembacaan di weblog ini ... Mana-mana isi kandungan samada sebahagian dan/atau keseluruhan weblog ini juga tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti di mana-mana mahkamah walau atas apa tujuan sekalipun ... Tindakan anda meneruskan pembacaan di weblog ini membuktikan anda memahami isi kandungan penafian ini dan bersetuju dengannya ...
SKROL KE BAWAH UNTUK MELIHAT "SCOREBOARD"

Rabu, 15 Mac 2023

BENGKEL PECUTAN AKHIR PENTARAFAN PENGAKAP RAJA 2023

Tarikh : 15 Mac 2023 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar
Kehadiran ; 16 Calon Pengakap Raja, 6 Pemimpin/Penolong Pemimpin & 3 Penolong Pesuruhjaya Daerah
No. Ruj : PPDS.600-3/4/2 Jld.2 (  ) bertarikh 13 Mac 2023


PECAHAN CALON MENGIKUT SEKOLAH
01 SMK Dato Shamsudin Nain
01 SM Teknik Tuanku Jaafar
03 SMK King George V
03 SMK Senawang
04 SMK Bukit Mewah
04 SMK Methodist ACS
--------------------------------
16 Calon Pengakap Raja

PECAHAN CALON MENGIKUT KAUM
01 India
07 Melayu
08 Cina

PECAHAN CALON MENGIKUT JANTINA
06 Perempuan
10 Lelaki

SENARAI CALON
01 Muhammad Khuhafizi - SMK KGV
02 Haris Simon - SMK KGV
03 Foong Cheok Lim - SMK Bukit Mewah
04 Chang Yin Yin - SMK Bukit Mewah
05 Bryan Ng Wai Lap - SMK Bukit Mewah
06 Roghan Sivalingam - SMK Dato' Shamsudin Nain
07 Bernice Goh Tung Xuan - SMK Bukit Mewah
08 Alina Syuhada - SMK KGV
09 Hew Yu Jian - SMK ACS
10 Chong Yu Cheng - SMK ACS
11 Ng Zhi Zheng - SMK ACS
12 Lim Ye Xiang - SMK ACS
13. Ain Zulaikha - SMK Senawang
14. Nur Farhana Safiyah - SM Teknik Tuanku Jaafar
15. Ammar Zulhilmi - SMK Senawang
16. Ammar Haiqal - SMK Senawang


Program bermula dengan Istiadat Menaikkan Bendera pada jam 9.00 pagi. Dalam ucapan ringkasnya, Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Remaja mengucapkan tahniah kepada calon-calon Pengakap Raja yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Seterusnya beliau turut berkongsi tentatif program yang telah dirancang bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran calon-calon agar tahap persediaan ke Pentarafan Pengakap Raja berada di tahap tertinggi.


Selepas itu, latihan kawad tongkat telah diadakan bermula jam 9.30 pagi dan calon-calon telah dibimbing oleh Tuan Mohammad Said Bin Nordin, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Pengerusi Unit Latihan. Selepas itu pada jam 10.30 pagi calon-calon telah diberi rehat selama 15 minit.


Selepas rehat, calon membuat latihan membina wogel dan Bushman-Thong bermula jam 10.45 pagi. Calon-calon turut dinasihatkan untuk belatih membina wogel & Bushman-Thong di rumah dalam masa kurang dari 30 minit.







Sesi bengkel diteruskan dengan membina 'bivouac' pada jam 11.45 pagi dan dimulakan dengan membina bumbung dari pelepah kelapa. Hampir semua calon berjaya menyiapkan bumbung masing-masing. Selepas itu, calon-calon telah diberi rehat untuk makan tengahari dan solat dari jam 1.00 tengahari sehingga jam 2.00 petang.





Tepat jam 2.00 petang, calon-calon dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan mula membina 'bivouac' masing-masing. Calon-calon diingatkan tujuan 'bivouac' dibina dan tumpuan harus diberikan kepada kekukuhan dan kekemasan ikatan.





Pada jam 3.30 petang, calon-calon diberi tunjuk ajar cara-cara untuk melapor diri di dalam program-program Pengakap agar calon-calon tidak merasa kekok apabila berhadapan dengan pemimpin atasan.


Istiadat menurunkan bendera telah dijalankan pada jam 3.50 petang dan dimulakan dengan ucapan rangkuman oleh Tuan Aziz Wahab.  Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin serta penolong pemimpin kumpulan yang telah sama-sama hadir menemani calon masing-masing terutamanya kepada Cik Paezah Binti Hamzah, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Setiausaha Unit Pengakap Remaja (bagi pihak Pengetua SM Teknik Tuanku Jaafar) yang telah sudi membenarkan penggunaan SM Teknik Tuanku Jaafar sebagai lokasi latihan.


Program berakhir pada jam 4.01 petang.

'SCOREBOARD' AKTIVITI / PROGRAM BULANAN YANG DIANJUR / DISERTAI TAHUN 2022

TATACARA KEMASKINI BULANAN:
Hantarkan butiran berikut menerusi aplikasi "Telegram" ke Ketua Unit Pengakap Remaja Daerah Seremban Timur:
1. Nama Program
2. Tarikh/Masa
3. Lokasi
4. Bilangan Peserta
5. Anjuran
6. Peringkat
7. Gambar semasa program (4 keping)

DOKUMEN WAJIB (TAHUNAN):
1. Sijil Pendaftaran Kumpulan
2. Borang Pendaftaran Keahlian Kumpulan
3. Surat Tauliah Sementara
4. Sijil Manikayu
5. Kad Keahlian Tahun Semasa
6. Laporan Program Tahunan (Klik untuk melihat contoh borang)